Thursday, April 30, 2015

Cara Atasi Perut Buncit

Bagaimana cara untuk mengatasi perut buncit?

Saya rasa hampir semua orang mempunyai masalah dengan bahagian perut mereka. Masalah perut boroi/ perut buncit menjadi salah satu masalah yang memang susah untuk disembunyikan. Masalah perut buncit tidak hanya pada mereka yang berbadan gemuk sahaja. Mereka yang berbadan kurus juga berpotensi besar mempunyai lemak viseral yang tinggi.

Kebanyakkan daripada kita membuat pelbagai alasan untuk menutup masalah perut buncit. Ada yang kata tanda bahagia la (bagi mereka yang dah kahwin), hati senang la, dan macam-macam lagi. Hakikatnya, mereka hanya ingin menutupi perasaan mereka sendiri iaitu perasaan malu mereka yang lebih besar daripada perut mereka. Apa pun alasan mereka, dan walaupun mereka melakukan bermacam cara untuk menyorokkan perut buncit, mereka masih lagi menyimpan lemak-lemak tersebut dan tidak mahu melakukan perubahan sebenar dan menukar cara hidup mereka.

Sebenarnya lemak yang berada di perut amatlah membahayakan. Selain merosakkan penampilan kita, lemak pada perut juga boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, strok dan diabetes sekiranya dibiarkan berlarutan. Jadi jangan ambil mudah masalah anda dan ketahui cara atasi perut buncit anda.

Apa itu lemak visceral?

Setelah proses pencernaan makanan, kalori yang berlebihan di dalam badan kita akan disimpan menjadi dua jenis lemak iaitu:
  • lemak visceral - lemak yang melapisi di sekeliling organ dalaman
  • lemak subkutan - lemak di bahagian hadapan perut dan berhampiran kulit.
Lemak subkutan dianggap kurang bahaya kerana lebih mudah dihilangkan berbanding lemak viseral. Lemak visceral lebih susah untuk dihilangkan kerana lemak ini akan menempel di sekeliling organ dalaman kita. Lemak visceral inilah punca sebenar perut buncit.



Timbunan lemak visceral di perut sangat berbahaya kepada kesihatan kerana dapat meningkatkan risiko pelbagai jenis penyakit seperti diabetis, penyakit jantung, hipertensi, dan strok. 

Cara atasi perut buncit dengan Herbalife


Salah satu komponen penting di dalam proses menghilangkan berat badan adalah protein! Jika anda bercadang untuk menguruskan badan, pengambilan protein dalam badan anda adalah salah satu idea terbaik untuk mendapat hasil yang anda idamkan. Selain dapat menghilangkan berat badan, protein juga selalu dikaitkan dengan kehilangan lemak pada perut.
Sebuah kajian telah menunjukkan bahawa protein dan lemak pada perut amat berkait rapat iaitu, mereka yang mengamalkan pengambilan protein yang baik dan lebih banyak akan mengurangkan risiko perut buncit. Berikut adalah info lebih mendalam mengenai Formula 3 Herbalife:


Selain Formula 3, Shake Herbalife Formula 1 juga akan membantu anda mengatasi perut buncit. Kandungan nutrisi di dalam Shake Herbalife sememangnya sudah membekalkan keperluan nutrisi yang diperlukan oleh badan kita. Bila badan kita cukup nutrisi, memang mudah untuk kita menurunkan berat badan kita.

Untuk mengatasi perut buncit, anda juga perlu memastikan tahap metabolisme anda tinggi untuk membakar lemak di dalam badan. Selain meningkatkan kadar metabolisme dalam badan kita, teamix juga akan membantu membuang toksin di dalam usus. Saya sendiri memang amat gemarkan teh Herbalife ini kerana teh ini juga akan menambah tenaga untuk saya terutamanya selepas makan tengahari. Saya kekal segar dan aktif selepas makan di perjabat.

Jadi, usah biarkan lagi masalah perut buncit membelenggu diri anda. Anda kini sudah tau cara mudah untuk mengatasi masalah lemak di perut anda. Ingatlah, lemak di perut sangat berbahaya. Sudah tiba masa untuk anda melakukan sesuatu dengan masalah anda.

Jika anda mahu saya membantu anda untuk mengatasi masalah anda, anda boleh hubungi saya dan lantik saya sebagai coach anda. Saya teruja untuk melihat hasil yang mengkagumkan pada anda.

Hubungi/Whatsapp/PM/email saya:
Aiza Yazid
Tel: 019-3939158
Email: aizayazid@gmail.com
Facebook: Aiza Amelia Yazid


Thursday, April 16, 2015

Tips Kulit Sihat dan Cantik

SKIN Herbalife: Bebas paraben dan sulfat

Semua orang mahukan kulit yang cantik dan sihat sampai sanggup lakukan apa sahaja demi untuk dapatkan kulit yang diimpikan. Ada yang sanggup habis duit beribu-ribu untuk kelihatan cantik. Beli apa sahaja produk yang memberi hasil yang cepat tanpa fikirkan kesan sampingannya selepas itu. Berapa ramai antara kita sebenarnya yang betul-betul mahukan kulit cantik dan sihat dengan selamat? Anda mahu tahu apakah tips kulit sihat dan cantik?

Apa itu paraben dan sulfat?

Paraben dan sulfat adalah antara bahan kimia yang kebanyakkan memang ada di dalam barang-barang kosmetik dan barang penjagaan kulit termasuklah syampu dan sabun badan.
Paraben digunakan di dalam barang kosmetik/ barang penjagaan kulit supaya bertahan lebih lama manakala sulfat pula adalah salah satu ejen pembersihan yang juga selalu digunakan untuk barang-barang cucian seperti pencuci lantai dan sabun mandi.
Paraben dan sulfat boleh dikatakan antara bahan kimia yang memang wajib ada di dalam kebanyakkan barang kosmetik dan penjagaan kulit di pasaran.



Bahaya paraben dan sulfat

Mengikut kajian, paraben berupaya menyerupai sel yang lain iaitu estrogen. Secara ringkas, apabila terlalu banyak estrogen di dalam badan, maka makin meningkatlah peratusan kanser dalam badan. Paraben dipercayai boleh menjadi salah satu punca awal kanser payudara.

Seperti saya cakap tadi, sulfat digunakan di dalam kebanyakkan produk-produk pembersihan termasuklah pencuci lantai rumah. Walaupun produk-produk kecantikan cuma menggunakan jumlah yang sedikit, sulfat mampu memberikan kesan seperti keradangan kulit, iritasi dan juga dipercayai boleh menjadi punca kanser, kataraks dan masalah buah pinggang.

Tips Kulit Sihat dan Cantik: Bagaiman SKIN Herbalife akan membantu anda

SKIN Herbalife telah disahkan bebas paraben dan sulfat. Produk SKIN merupakan nutrisi penjagaan kulit berasaskan penyelesaian, bermakna ia menyediakan penyelesaian kepada kulit anda melalui nutrisi dengan membekalkan nutrien-nutrien yang baik untuk kulit anda. Produk SKIN telah diuji secara dermatologi dan sememangnya diperbuat daripada ramuan-ramuan yang terbaik.

Apa yang paling saya suka adalah, produk SKIN dibuat sesuai dengan semua jenis kulit. Anda boleh rujuk coach anda untuk mengetahui program yang mana paling bersesuaian dengan jenis kulit anda.



Jadi selepas ini, berhati-hatilah dan ambil tahu bahan yang ada dalam barang kosmetik/penjagaan muka kita. Kulit kita berhak untuk dapat yang terbaik kerana hasilnya nanti pasti akan memberikan anda rasa yang terbaik.

Lantik saya sebagai coach anda. Saya akan berikan anda tips kulit sihat dan cantik, cara permakaian SKIN yang terbaik dan tunjukkan bagaimana SKIN Herbalife akan dapat membantu anda mendapatkan kulit idaman anda. Saya yakin anda akan berasa teruja dengan hasilnya sebagaimana saya sudah merasainya.

Hubungi/Whatsapp/PM/email saya:
Aiza Yazid
Tel: 019-3939158
Email: aizayazid@gmail.com
Facebook: Aiza Amelia Yazid

Tuesday, April 14, 2015

Kekal Bertenaga dan Kurus Semasa Berpuasa

Bagaimana untuk kekal bertenaga dan dapat kurus walaupun berpuasa?

Bulan puasa akan tiba tidak lama je lagi. Alhamdulillah, sekarang saya mula melatih diri berpuasa sebagai persediaan untuk Ramadhan nanti. Saya sangat teruja setiap kali menanti Ramadhan. Bukan sahaja sebab bulan tu adalah bulan terbaik untuk kita beribadat, malah bulan ini juga saya akan gunakan untuk melatih diri untuk lebih berdisiplin dalam permakanan saya.



Sebelum ni, saya sentiasa ada masalah semasa bulan puasa. Dulu semasa sahur, saya akan makan sebanyak mungkin supaya saya tidak akan lapar untuk sepanjang hari. Tetapi, saya jadi mengantuk dan malas pula untuk berbuat aktiviti walaupun masih di awal pagi. Di tempat kerja pula, saya mudah merasa letih dan rasa lapar padahal saya sudah makan banyak kan sahur tadi. Semasa berbuka puasa pula, saya akan membeli apa sahaja juadah yang saya mahu tanpa fikirkan apa-apa mengenai kesihatan. Saya dah tak fikir dah, elok ke tak makanan/minuman itu untuk saya, asalkan saya kenyang dan hilang craving saya. Selepas berbuka, mula la rasa mengantuk dan letih lagi. Lepas tu rasa berat je untuk pergi sembahyang terawih. Anda rasa macam tu jugak tak?

Selepas saya mula berpuasa dengan Herbalife, tiada lagi rasa tidak selesa untuk puasa. Saya tidak lagi terlebih kenyang selepas sahur dan berbuka. Saya dapat mengekalkan tenaga yang diperlukan sepanjang hari dan tenaga untuk beribadat.

****Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Lebih peluang untuk kurus badan

Memandangkan masa puasa kita perlu menahan diri dari makan dan minum, jadi saya ambil peluang ini untuk buang semua ketagihan saya untuk mengunyah. Saya memang jenis orang yang suka mengunyah/ sukakan kudap-kudapan. Jadi masa bulan puasa inilah saya dapat melatih diri saya lebih berdisiplin dan dapat buang kalori yang tidak penting daripada kudap-kudapan tu semua daripada masuk dalam badan saya.

Apabila berpuasa dengan Herbalife, lebih banyak lagi nutrisi masuk ke dalam badan saya dan lebih mudah untuk diserap kerana tiada gangguan 'kalori tidak perlu' untuk badan. Hasilnya, badan saya lebih cepat hilang berat badan!

Kekal bertenaga sepanjang puasa

Selain lapar, masalah seperti mudah letih dan mengantuk sepanjang seharian puasa juga sentiasa membuatkan kita tidak selesa untuk berpuasa. Tetapi dengan nutrisi yang ada dalam Shake Herbalife, sudah cukup memberi anda tenaga. Badan kita memerlukan nutrisi seperti protein, vitamin dan mineral untuk kekal sihat. Tetapi sebaliknya kita bekalkan lemak, karbohidrat tinggi dan cuma sedikit vitamin sahaja semasa sahur atau waktu berbuka kita.

Selain Shake Herbalife, Aloe dan Teh Teamix juga akan membantu anda mengekalkan kesegaran dan tenaga untuk sepanjang hari puasa dan untuk beribadat di malam hari. Aloe dan Teamix ini akan membantu untuk mencuci usus kita seterusnya membantu kita menyerap lebih banyak nutrisi-nutrisi untuk badan kita.

Jadi jangan tunggu lagi. Mula berpuasa dengan Herbalife sekarang. Ambil peluang bulan puasa kali ini untuk hilangkan berat badan anda! Lihat dan rasai sendiri perubahan untuk badan anda dengan Herbalife. Lantik saya sebagai coach anda, dan saya akan membantu anda untuk mendapatkan hasil terbaik yang anda impikan selama ini.

Selamat berpuasa :)

Hubungi/Whatsapp/PM/email saya:
Aiza Yazid
Tel: 019-3939158
Email: aizayazid@gmail.com
Facebook: Aiza Amelia Yazid

Thursday, April 9, 2015

Kulit Cantik Secara Semulajadi

Bagaimana untuk mendapatkan kulit cantik semulajadi dengan SKIN Herbalife?

Saya memang jenis orang yang tidak suka memakai make up. Tapi sebelum ni, saya memang tiada pilihan, disebabkan kulit muka saya yang gelap dan berjerawat, saya tidak mempunyai keyakinan diri lansung untuk keluar tanpa memakai make up walaupun saya tidak menyukainya. Sudah bermacam jenis produk penjagaan muka saya cuba. Ada yang memberi hasil yang sementara, ada pula yang membuatkan kulit saya lebih teruk!

Alhamdulillah, kini saya sudah lebih yakin untuk keluar tanpa secalit make up pun. Saya juga lebih yakin untuk 'selfie' tanpa buat sebarang edit pada gamba saya. Saya dapat rasakan kulit cantik secara semulajadi. Ini antara perubahan ketara yang saya dapat rasakan selepas menggunakan SKIN Herbalife:
  • Tiada lagi kulit kering yang melampau pada bahagian pipi saya.
  • Tiada lagi kulit berminyak pada kawasan T-zone saya.
  • Kulit terasa lembab sama rata pada seluruh wajah
  • Bintik hitam pada hidung saya semakin berkurangan
  • Jerawat-jerawat mengecut secara sendiri 
  • Tiada lagi jerawat baru yang timbul.
**Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Yakin untuk keluar tanpa secalit make up!

Kulit cantik secara semulajadi? Bagaimana cara saya mendapatkannya:

1. Pakai penjagaan kulit yang lengkap

Jangan jadi seperti saya yang dulu, saya tidak merasakan bahawa toner, atau pelembab adalah penting. Dahulu saya hanya memakai pencuci muka dan apa sahaja jenis krim muka di wajah saya. Rupanya, setiap langkah lengkap penjagaan kulit itu adalah penting. Jika tidak, tak mungkinlah setiap produk yang ada di pasaran sekarang semuanya lengkap dariapada pencuci hinggalah kepada pelembab. Tetapi, istimewanya SKIN Herbalife adalah kandungannya yang sesuai dengan semua jenis kulit muka, dan diuji secara dermatologi yang mampu memberi kesan kepada kulit kita selepas 7 hari penggunaan! Ya, 7 hari!! 

2. Ketahui jenis kulit anda

Ini sangat penting. Anda perlu tahu jenis kulit anda dan penjagaan yang sesuai untuknya. Saya baru tahu rupanya saya mempunyai kulit kombinasi. Selama ini, saya ingatkan kulit saya jenis berminyak, jadi cara penjagaan saya pun dah salah. Terima kasih kepada coach saya, saya kini lebih memahami bagaimana teknik yang terbaik untuk saya yang mungkin berbeza pula dengan orang lain. Dengan SKIN Herbalife, anda tidak perlu risau. Luahkan apa masalah dan kerisauan yang anda ada supaya coach anda dapat membantu anda mendapat hasil yang anda inginkan.

3. Nutrisi dalaman

Untuk mendapatkan kulit cantik secara semulajadi, anda juga perlu menjaganya dari dalam. Maksudnya, anda perlu jaga apa yang masuk dalam mulut anda. Sel kulit kita akan berganti setiap 21 hari dan kulit akan mengeluarkan hasil apa yang kita makan. Jika anda banyak makan makanan yang berminyak, maka kulit anda menjadi bermasalah begitulah sebaliknya. Bagi saya, Shake Herbalife sudah membekalkan nutrisi yang selengkapnya untuk kulit saya. Saya mahu cantik luar dan dalam.

4. Penjagaan kulit terbaik

Penjagaan kulit terbaik mempunyai kandungan yang terbaik. SKIN Herbalife mempunyai campuran optimum Vitamin B3, Vitamin C dan E, Aloe Vera dan bahan kandungan botani yang lain. SKIN Herbalife juga adalah tanpa paraben dan sulfat yang sangat bahaya kepada kulit kita.

Saya gembira telah jumpa produk yang sesuai dengan kulit saya sebab itu saya teruja untuk berkongsi pengalaman saya dengan anda. Rasakan sendiri perubahan pada kulit anda dan anda akan tahu anda telah menjumpai yang terbaik untuk anda.

Hubungi saya untuk membuat temujanji SKIN dengan saya. Rasai perubahan dengan sekali percubaan sahaja.

Hubungi/Whatsapp/PM/email saya:
Aiza Yazid
Tel: 019-3939158
Email: aizayazid@gmail.com
Facebook: Aiza Amelia Yazid

Wednesday, April 8, 2015

Kurus Badan Dengan Makanan Sedap

Betul ke boleh kurus badan dengan makanan sedap?

Wah! Terkejut kan? Selalu kalau nak hilangkan berat badan, mesti kena jaga makan, mesti kena banyak makan yang sihat je, tapi kebanyakkan makanan sihat mesti tak sedap kan? Kesannya? Diet tu mesti tidak bertahan lama. Kita pun mudah ingin berputus asa untuk berdiet lagi.

Diet bagi saya adalah sesuatu yang menyeronokkan. Diet saya penuh dengan makanan yang sedap-sedap. Saya sentiasa 'looking forward' untuk setiap waktu makan saya. Makanan diet saya semuanya sedap-sedap dan saya makan lengkap; sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam! Tiada lagi seperti dulu, makanan diet saya sekarang membuatkan saya gembira untuk bangun setiap hari untuk rasakan kesannya kepada saya setiap hari. Jadi bagaimana untuk kurus badan dengan makanan sedap?

Sarapan sedap

Anda pasti akan lebih bersemangat untuk bangun bila memikirkan betapa sedapnya sarapan pagi yang menanti anda. Bayangkan betapa mudahnya mendapat sarapan yang sedap, sihat dan mengenyangkan! Semuanya mudah dengan Shake Herbalife! Shake Herbalife akan membuatkan anda berasa kenyang tetapi tidak terlalu mengenyangkan dan mengantuk seperti nasi lemak yang anda makan selama ini. Anda boleh membancuh Shake Herbalife anda mengikut resepi anda sendiri dan anda masih lagi dapat menikmati sarapan pagi sedap yang rendah kalori.

Makan Tengahari Sedap

Tiada paksaan untuk anda menahan diri anda daripada kelaparan apabila anda mengambil Shake Herbalife seperti diet-diet yang lain. Anda boleh menikmati waktu makan tengahari anda seperti biasa. Keluarlah nikmati waktu rehat tengahari anda dan nikmati makanan anda asalkan, dengan portion makanan yang betul.

Makan Malam Sedap

Waktu makan seterusnya yang pasti anda ternanti-nanti. Anda akan lebih menikmati shake Herbalife anda yang sedap memandangkan anda akan mempunyai masa yang lebih banyak untuk mencuba pelbagai resepi baru. Shake Herbalife sebelum tidur akan dapat membantu memperbaiki dan memperbaharui sel-sel badan anda. Jadi bagus bukan? Dah la dapat makan sedap, makan makanan yang membantu sel badan pulak tu.



Tiada lagi diet yang membosankan. Tiada lagi diet yang tidak menyelerakan. Tiada lagi diet yang membuatkan anda ingin berputus asa setiap hari.

Tukar diet anda kepada diet yang penuh dengan makanan-makanan yang sedap!Yang membuatkan anda ingin bangun dan tempuhi hari anda dengan penuh semangat. Anda tidak akan perasan pun yang anda sedang berdiet dan dapat kurus badan dengan makanan sedap.

Hubungi saya sekarang untuk kurus badan anda dengan makanan sedap!

Hubungi/Whatsapp/PM/email saya:
Aiza Yazid
Tel: 019-3939158
Email: aizayazid@gmail.com
Facebook: Aiza Amelia Yazid

Wednesday, April 1, 2015

Testimoni Herbalife

Testimoni Herbalife: Perubahan ketara Kak Atiqah

Kali ni saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda mengenai perubahan yang dirasai Kak Atiqah. Saya jumpa Kak Atiqah semasa Herbalife Opportunity Meeting (HOM) di Kuantan. Saya benar-benar bangga dan teruja dengan perubahan Kak Atiqah! Saya menjadi semakin semangat untuk mendapatkan berat badan yang saya impikan. Bukti perubahan telah saya saksikan depan mata saya! Jadi saya tahu, saya juga boleh melakukannya.


Bayangkan!! Kak Atiqah telah berjaya menghilangkan 10.6kg!! Dan beliau masih lagi meneruskan misi untuk menguruskan badan. Alhamdulillah, perubahan kesihatan beliau juga memang mengagumkan saya. Saya bangga dengan pilihan yang telah dipilih oleh beliau.

Jika anda juga ingin mencapai perubahan seperti Kak Atiqah, atau anda bersedia untuk membuat pilihan yang terbaik untuk menurunkan berat badan anda, anda boleh menghubungi saya dan lantik saya sebagai coach anda! Saya sememangnya teruja untuk membantu anda dan menjadi sebahagian daripada perjalanan anda untuk mendapatkan berat badan yang anda impikan.

Hubungi/Whatsapp/PM/email saya:
Aiza Yazid
Tel: 019-3939158
Email: aizayazid@gmail.com
Facebook: Aiza Amelia Yazid

Tuesday, March 31, 2015

Program dan Aktiviti Herbalife

Program dan Aktiviti Herbalife: Kenapa anda patut menghadirkan diri ke HOM?

Apa itu Herbalife Opportunity Meeting (HOM)?



HOM adalah salah satu program Herbalife untuk memperkenalkan anda dengan kebanyakkan produk Herbalife dan untuk memperkenalkan anda dengan peluang perniagaan yang anda boleh perolehi dengan Herbalife.

Kenapa anda patut pergi HOM?
  • Anda ingin mengetahui apakah produk yang anda boleh gunakan untuk mendapat hasil yang anda inginkan
  • Anda akan mengetahui fungsi dan khasiat produk Herbalife
  • Anda akan dapat bertemu dengan mereka yang telah mengamalkan produk Herbalife dan anda dapat mendengar dan bertanya sendiri rahsia kejayaan mereka
  • Anda akan bertemu dengan mereka yang telah berjaya menjana pendapatan secara sampingan atau tetap dengan Herbalife
  • Anda akan mengetahui apakah peluang perniagaan yang anda ada dengan Herbalife
  • Anda akan bertemu dengan orang-orang yang positif, yang sentiasa mahukan perkembangan diri dan tidak segan untuk sama-sama berkongsi dengan anda
  • Anda berpeluang melihat peluang untuk merubah masa depan anda dari segi kesihatan atau dalam perniagaan sendiri
Saya teruja sekiranya anda ingin mengikuti saya ke program/aktiviti Herbalife. Tidak ada sebarang kerugian sekiranya anda membuat pilihan untuk sama-sama menyertai saya. Semuanya terpulang kepada anda. Buat pilihan yang bijak! Buat pilihan untuk hidup yang lebih baik! Buat pilihan untuk kesihatan yang lebih baik!



Anda boleh menghubungi saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program/aktiviti Herbalife yang ada.

Hubungi/Whatsapp/PM/email saya:
Aiza Yazid
Tel: 019-3939158
Email: aizayazid@gmail.com
Facebook: Aiza Amelia Yazid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...