Thursday, July 17, 2014

Why Herbalife?? (Pengalaman Sendiri)

Sekarang ni senang sangat nak cari produk menguruskan badan. Cari je kat dalam google tu, semua jenis produk akan keluar. Tapi macam mana nak tau yang mana satu adalah yang terbaik? Yes, dengan beli dan pakai sendiri produk tu.

Post kali ni saya nak share pengalaman obses-nak-kurus diri sendiri. Seumur hidup saya, saya tak pernah merasa kurus. Jadi, saya sangat mudah terpengaruh bila ada sahaja iklan-iklan yang boleh menurunkan berat badan dengan cepat. Saya nak kurus, tapi saya malas diet, saya malas exercise!
Instead, saya cari jalan mudah dengan beli produk untuk menguruskan badan saya. Suatu hari, saya terpikat dengan satu produk ni berdasarkan testimoni yang begitu menyakinkan dalam FB. Lepas satu bulan, masih tiada perubahan walaupun satu kg, saya ambil keputusan untuk berhenti.
Selepas beberapa bulan, keluar satu berita yang produk itu sebenarnya tidak mendapat kelulusan KKM dan BERACUN! Rasa tertipu, kecewa dan risau dengan kesihatan sendiri :(


-gamba sekadar hiasan-


Saya juga pernah diet sendiri. Saya masih student di UTP masa tu. Saya berlapar dan jogging setiap hari. Resultnya? Memang cepat tapi.... tak kekal lama dan tidak menyihatkan. Saya jadi letih sebab kekurangan makanan dan saya stress sebab terpaksa berlapar.

Jadi, saya mengambil keputusan untuk mengambil Herbalife dengan melihatkan hasilnya kepada kakak saya sendiri. (anda boleh melawat blog kakak saya di sini )
Saya mendapat inspirasi daripada kakak saya sendiri. Kakak saya hilang berat badan dengan produk Herbalife. Jika kakak saya boleh, kenapa saya tidak boleh? Dan jika saya boleh, kenapa anda tidak boleh?
Saya mula mengambil Herbalife sejak 2009 tetapi tidak begitu serius mengambil produk ini tetapi saya masih merasai kesan-kesan positif daripada Herbalife. Sampai sekarang saya menyesal kenapa saya tidak serius dengan produk ini dari dulu.

Sekarang alhamdulillah, hati saya akhirnya terbuka untuk betul-betul serius dengan produk yang bagus ini. Kesannya kepada hidup saya adalah diluar jangkaan saya.

Teruskan membaca post saya seterusnya untuk mengetahui bagaimana Herbalife boleh mengubah hidup anda dan bagaimana Herbalife akan memberi anda seribu satu alasan untuk terus menggunakan produk ini sampai bila-bila.

Sekian,
Aiza.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...