Monday, September 29, 2014

Kurus Dengan Herbalife

Kurus dengan Herbalife

Saya juga seperti anda, mengimpikan badan yang cantik dan berpernampilan menarik. Semasa saya berbadan besar dahulu, saya sangat obses untuk menurunkan berat badan saya sehingga kadang-kadang saya mengamalkan cara yang salah. Kadang-kala walau saya dapat hasilnya, hasil itu pasti tidak akan berkekalan dan yang paling teruk, berat naik dua kali ganda!

Masa saya di universiti, saya pernah cuba untuk berdiet. Saya jogging padang hari-hari, saya tak makan, dan hasilnya memang ada. Tapi, lambat dan sekejap. Datang je study week, stress belajar, saya pun bedal makan lagi. Itu yang jadi dapat badan comel sentiasa.

Kenapa diet sendiri tidak berhasil?

1. Diet dengan menahan diri dari makan

Anda tertanya mengapa badan anda naik dua kali ganda selepas anda berlapar, mengikat perut untuk kurus? Ada sebabnya.
Sebenarnya badan kita ada menyimpan stok iaitu lemak-lemak yang tidak digunakan untuk dibakar sebagai tenaga. Semakin banyak lemak kita, semakin banyak stok lemak yang kita simpan. Bila kita menahan diri kita dari makan, badan kita akan respon dengan perubahan tersebut dan menggunakan stok lemak yang ada untuk jadi tenaga untuk badan. Dari situlah kenapa kita dapat hilang beberapa kg dengan tidak makan. Tetapi, apabila kita mula makan semula, dan makan lebih dari kuantiti seperti biasa, badan kita menerima semua karbohidrat tersebut tetapi tidak mampu untuk membakar semuanya seperti biasa kerana metabolisme badan yang sudah menurun. Maka, semuanya disimpan menjadi lemak tapi lebih banyak. Sebab itulah kenapa badan kita naik dua kali ganda.


Tapi bila anda pilih untuk kurus dengan Herbalife, anda tidak perlu menahan lapar anda lagi. Malahan, makin banyak anda minum shake Herbalife ini, makin besar hasil yang anda harapkan dan anda tidak akan naik berat badan semula asalkan anda mengawal permakanan seimbang anda.

2. Diet dengan ubat-ubatan sampingan

Jika anda mengambil keputusan untuk mengambil ubat-ubatan untuk kurus, anda sebenarnya membenarkan badan anda bergantung kepada ubat tersebut. Ubat-ubatan itu semua hanya akan membantu sahaja. Anda masih lagi perlu untuk makan makanan lain yang belum tentu betul kandungan nutrisi. Asas untuk kurus adalah mudah sahaja! Anda hanya perlu mengubah gaya permakanan anda. Pilih makanan yang bernutrisi sahaja untuk masuk ke dalam mulut anda. Dan semua makanan yang bernutrisi itu anda boleh dapat dari segelas shake Herbalife setiap hari. Mudah kan?

Jadi, kenapa SAYA memilih untuk kurus dengan Herbalife? Ini sebabnya:


Saya berjaya menghilangkan berat badan dengan cara yang menyihatkan. Dan berat badan saya tidak mudah naik semula seperti saya berdiet sendiri dahulu. Saya juga rasa lebih bertenaga dan cergas. Kalau dulu, saya perlu BERLAPAR untuk menurunkan berat. Kini tidak lagi. Saya boleh menikmati semua makanan kegemaran saya dengan jumlah yang betul. Saya juga dapat menikmati minuman Shake Herbalife saya yang lazat dan mengenyangkan!

Apa yang penting bagi saya, kesihatan dalaman dan cara hidup saya menjadi lebih baik dari sebelumnya. Saya kini lebih banyak minum air, dan suka melakukan senaman. Kesedaran diri terhadap pentingnya perkembangan diri dan kesihatan dari awal usia semakin bertambah dari hari ke hari. Saya masih lagi meneruskan perjuangan saya untuk kurus dengan herbalife dan menjadi individu yang lebih sihat!

Jika anda juga memilih untuk kurus dengan Herbalife, anda boleh melantik saya untuk menjadi coach kesihatan anda dan saya akan sarankan apakah cara yang terbaik untuk anda mendapat kesan maksimum apabila anda memilih untuk kurus dengan Herbalife!

Klik di bawah untuk menghubungi saya sekarang juga




Sunday, September 28, 2014

TeaMix HERBALIFE

TeaMix HERBALIFE

Pengurusan badan anda lebih lengkap sekiranya anda mengamalkan satu lagi produk Herbalife yang sangat bagus; TeaMix. TeaMix adalah minuman menyegarkan yang mempunyai banyak kebaikan.

Kenapa TeaMix Herbalife bagus?

Saya katakan bagus sebab teh ini 100% daripada bahan semulajadi, mempunyai 5 jenis botani semulajadi yang bertindak pantas. Segelas TeaMix hanya mempunyai 6 kalori sahaja. Kebaikan TeaMix Herbalife semudah ABCDE!

A- Antioksidan
Mengelakkan kesan bahaya radikal. Sel-sel radikal ni yang akan menjadi penyebab kanser dalam badan.
B- Burn Calories
Tenaga di dalam segelas TeaMix sama dengan tenaga kita bersenam selama 20minit!!
C- Cleansing 
Organ badan yang penting untuk penyingkiran toksin dan buangan dalam badan adalah usus besar, kulit, buah pinggang dan paru-paru. Jika organ-organ ini tidak bersih, semua toksik dan buangan dalam badan akan berkumpul dan merosakkan kesihatan kita. TeaMix membantu membersihkan "laluan" ini untuk maksimumkan penyerapan nutrien dalam badan anda.
D- Detox
Proses detoksifikasi berkait rapat dengan perkumuhan toksik dari dalam darah ke organ perkumuhan yang lain. TeaMix akan membantu proses pembuangan toksik ini menjadi lebih lancar.
E- Energy
TeaMix tidak seperti air tenaga lain yang mempunyai kandungan gula yang tinggi untuk menambah tenaga anda, tapi anda akan merasa kesan yang sama tetapi secara sihat.

Pengalaman sendiri

Pengalaman saya sendiri menggunakan TeaMix herbalife ni memang semuanya pengalaman positif je. Saya mengambil teamix kerana saya mahukan extra energy kerana kerja saya memerlukan tenaga fizikal yang banyak. Dengan teamix, saya berasa lebih segar terutamanya selepas lunch.
Bila saya minum TeaMix, badan saya rasa panas, nak bergerak buat kerja sebab rasa aktif. Badan saya juga rasa lebih ringan kerana banyak angin keluar dari badan. Saya mudah sendawa selepas minum segelas teamix.
Paling best, kalau saya ambil minuman TeaMix selepas makan, sistem perkumuhan saya terus aktif. Kalau sebelum ni saya mempunyai masalah sembelit, dengan mengamalkan TeaMix, saya tidak lagi mempunyai masalah tersebut.
Selain daripada tu, saya juga dapat mengawal pengambilan minuman-minuman manis yang sebelumnya memang menjadi minuman kegemaran saya. Semakin lama, jumlah pengambilan minuman dan makanan manis semakin berkurang sehinggalah saya tidak lagi ketagih atau teringin lansung.

Bagaimana mengambil TeaMix Herbalife?

TeaMix mempunyai 2 perisa yang anda boleh pilih; Lemon&Hibiscus dan Peach. Anda cuma perlu campurkan setengah sudu kecil TeaMix je dengan 200ml hingga 240ml air. Air sejuk atau panas, itu pilihan anda, bagaimana anda ingin menikmatinya.

Soalan: Bolehkah saya menurunkan berat badan dengan hanya mengambil TeaMix?

TeaMix adalah minuman tambahan kepada program pengurusan berat badan Herbalife. Anda boleh hubungi saya untuk mengetahui penyelesaian yang terbaik untuk menurunkan berat badan dengan cepat. Saya akan mencadangkan cara dan produk yang sesuai untuk anda.


Saturday, September 27, 2014

Shake Herbalife sebagai Sarapan Sihat

Shake Herbalife sebagai sarapan sihat


Kadang-kadang celik je mata bangun pagi, kita dah ade to-do-list yang perlu diselesaikan untuk hari itu. Dapat bayangkan bagaimana letihnya badan dan penatnya otak untuk menyelesaikan setiap task. Rasa malas je nak bangun dari katil pagi tu. Tapi tanggungjawab tetap diutamakan.
Sebelum gerak ke tempat kerja, kita berfikir, "Apa aku nak sarapan harini? Takpe, nanti kat office makan dengan kawan-kawan kat kedai makan tepi pejabat tu. Ada nasi lemak, mee goreng, teh tarik. Nasi minyak pun ada!"
Tapi sampai je office, Bos dah mintak report lebih awal dari masa yang diberi, client pulak call nak datang untuk inspect barang. Jadi, kita pun tak sempat nak breakfast. Apa yang ada, biskut ke, coklat ke kat dalam laci tu, kita ngap je. Lepas tu pergi pantry buat air instant coffee. Sudahlah tak dapat proper breakfast, makan pulak makanan yang tak sihat. Lepas tu, tak kenyang pulak tu. Maka masa lunch, kita pun bedal la semua makanan yang ada untuk hilangkan kelaparan.

Tahukah anda bahawa dengan menjadikan Shake Herbalife sebagai sarapan sihat anda,  anda sudah menghilangkan kebanyakan masalah yang anda hadapi tadi? Anda bukan sahaja dapat menikmati sarapan sihat dan sedap! Malah, anda akan dapat menghilangkan berat badan secara tidak sedar.

Kenapa anda harus bersarapan pagi?

  • Anda mahu menghilangkan berat badan
Jika anda mempunyai perancangan untuk menghilangkan berat badan, anda pasti mahu bersarapan setiap pagi. Kajian menunjukkan mereka yang tidak mengambil sarapan pagi terdorong untuk makan lebih banyak pada waktu tengahari. Ini adalah kerana mereka sudah menahan lapar dari awal pagi lagi. Jadi selalunya, waktu makan tengahari mereka akan makan lebih untuk menghilangkan lapar mereka serta merta.

Perbezaan jumlah makan yang diambil oleh mereka yang bersarapan dan tidak (sumber: Google)
  • Anda mahu meningkatkan tenaga badan anda
Metabolisme badan diperlukan untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh badan setiap hari. Semakin tinggi metabolisme badan anda, anda semakin bertenaga dan sihat. Sarapan pagi akan "mengejutkan" sistem metabolisme dalam badan untuk membakar kalori menjadi tenaga yang diperlukan anda. Kalori ini juga perlu dibakar untuk membantu anda menurunkan berat badan dengan lebih cepat.

  • Anda mahu mood anda baik
Anda memang patut bersarapan untuk permulaan hari yang baik! Kajian menunjukkan bahawa sarapan pagi boleh membantu mood anda menjadi lebih baik. Dengan mood yang baik, anda pasti berasa senang untuk melakukan kerja-kerja anda sehingga ke penghuejung hari. Anda juga tidak akan mudah stress dengan kerja anda.
Sarapan sihat pada waktu pagi akan membuatkan anda berfikir lebih baik untuk menu tengahari anda.


  • Anda mahu bekerja dengan lebih baik
Jika anda rasa anda mahu lebih cemerlang dalam kerja anda, maka anda perlu bersarapan setiap pagi. Ini adalah kerana, sarapan pagi mampu membuatkan anda lebih peka dan fokus dengan task anda. Boss anda pun pasti lebih gembira bukan?

Jadi bagaimana dengan menjadikan Shake Herbalife sebagai sarapan sihat anda boleh membantu anda mendapat semua kepentingan tadi?


  1. Shake Herbalife sangat mudah disediakan. Anda hanya memerlukan 3-5 minit sahaja untuk menyediakannya. Tidak perlu bersusah-payah untuk masak pada waktu pagi. Tidak perlu bangun awal pagi untuk menyediakannya.
  2. Shake Herbalife mudah untuk dibawa kemana-mana. Bayangkan! Sambil anda drive kereta ke tempat kerja, anda boleh menikmati sarapan anda yang sedap tu. Tak perlu nak stress mengadap traffic jam tu. Just enjoy your breakfast, tahu-tahu je dah sampai office. Kalau naik LRT lagi senang. Takkan ada muka comot ke sebab makan kuih or minum air teh tarik bungkus lagi.
  3. Shake Herbalife sangat mengenyangkan. Anda tidak akan memulakan hari dengan perut yang berkeroncong lagi. Kalau perut dah kenyang tu, mestilah hati pun senang kan? Shake ni jugak mampu membuat anda kenyang lebih lama daripada makanan lain yang anda ambil. Ini akan mengurangkan pengambilan snek-snek yang tidak sihat sementara menunggu waktu lunch.
  4. Shake Herbalife sangat menyihatkan. Dengan berpuluh-puluh jenis nutrien di dalam segelas Shake, sudah pasti pengambilan nutrisi dalam tubuh badan anda hari tu menjadi lengkap.


Seronok kan dapat banyak manfaat dengan hanya tukar cara permakanan kita?Oleh itu tiada lagi alasan mengapa anda tidak mengambil Shake Herbalife sebagai sarapan sihat anda bermula dari sekarang!! Jika anda ingin bermula dari saat ini, anda boleh hubungi saya segera. Saya akan membimbing anda ke arah persekitaran pekerjaan yang sihat dan ceria yang anda cari selama ini.

Sunday, September 21, 2014

Shake Herbalife Sebagai Makanan Harian

Shake Herbalife Sebagai Makanan Harian

Post yang lepas, saya ada menerangkan mengenai kepentingan makanan bernutrisi dalam badan dan kenapa kita mesti mengubah cara permakanan kita ke arah yang lebih baik bermula sekarang.
Kali ni saya akan beritahu anda satu cara untuk anda memastikan bagaimana anda akan dapat nutrisi yang secukupnya dalam permakanan anda iaitu dengan menjadikan Shake Herbalife sebagai makanan harian anda.

Produk Herbalife : Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder - Nutritious Shake


Formula 1 Shake Herbalife membekalkan protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral yang lengkap mengikut kadar yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Secara ringkas, jika kita ambil F1 Shake ni, kita tak perlu lagi pening kepala untuk mencari makanan yang lain.
Kajian saintifik menunjukkan bahawa individu yang mengambil shake dua kali sehari dan satu hidangan sihat akan dapat menurunkan berat badan. Pengambilan shake pada waktu pagi sebagai sarapan pula akan dapat mengekalkan kesihatan individu tersebut.



F1 Shake Herbalife akan menjadi meal replacement atau pengganti makanan harian anda. Mungkin selama ini anda tidak menyedari bahawa makanan yang anda ambil selama ini belum tentu cukup nutrien dan belum tentu menyihatkan. Sekarang, dengan menjadikan Shake Herbalife sebagai makanan harian anda, anda akan mampu mengawal kalori permakanan. Kita semua tahu bahawa untuk kurus, anda perlu mengawal pengambilan kalori dalam makanan anda bukan? Itu adlah asas! Jadi, Shake Herbalife sudah tentu mampu membantu anda menghilangkan berat badan anda dan seterusnya menjadikan anda lebih sihat.

Penggantian Shake Herbalife sebagai makanan harian anda sudah menjadikan tubuh badan anda lengkap menerima nutrien yang diperlukan setiap hari. Lihat sahaja berapa banyak nutrisi yang anda akan dapat dalam hanya segelas shake sahaja di bawah ni:


Antara kelebihan Shake Herbalife lagi adalah:

  • Rendah kalori!! Setiap hidangan hanya dalam 90-180 kalori sahaja.
  • Mempunyai 55 jenis nutrien dalam setiap hidangan. Mana anda nak cari hidangan yang mempunyai nutrien lengkap sebegini?
  • Kaya dengan fiber - baik untuk sistem pengahadaman dan pencernaan
  • Sedap dan mengenyangkan!! Anda juga anda merasa kenyang lebih lama.
Jangan risau. Herbalife telah menyediakan pelbagai jenis perisa yang menarik untuk anda pilih dan cara bancuhan shake amatlah mudah.


Jadi jika anda berminat untuk mengubah gaya permakanan anda ke arah yang lebih menyihatkan, anda boleh menghubungi saya sekarang. Ketahui dan rasai bagaimana permakanan seimbang dan sihat akan memberi kesan kepada hidup anda.

Saya bersedia menjadi coach kesihatan anda. Saya akan membantu anda dan memberi anda teknik yang terbaik untuk pengurusan kesihatan anda. Hubungi saya sekarang di 019-3939158.




Kepentingan Mengambil Makanan Bernutrisi

Kita semua memang suka makan. Hari-hari kita akan makan. Tapi adakah makanan anda itu adalah apa yang diperlukan oleh badan anda atau hanya untuk menghilangkan rasa lapar anda? Pernahkah anda terfikir bagaimana setiap makanan yang kita ambil akan mempengaruhi keseluruhan badan kita? Yang lebih penting, adakah anda tahu apa sebenarnya yang ada di dalam makanan anda?

Kita mestilah mempunyai kesedaran untuk menjaga apa yang masuk dalam badan kita. Jangan nak diet atau dah sakit, barulah nak sedar yang tabiat permakanan kita sebenarnya adalah tidak sihat.

Apa itu makanan bernutrisi? (sumber dari encik Google dan Wikipedia)


Secara dasarnya, makanan bernutrisi adalah makanan yang lengkap dengan semua nutrisi yang diperlukan oleh badan seperti semua vitamin (A, D, E, K dll), mineral (kalsium, zat besi, dll), seimbang dengan keperluan protein, karbohidrat dan lemak.

Apakah kepentingan Makanan Bernutrisi?

1.  Pengurusan Berat Badan

Anda nak hilangkan berat badan? Mulakan dengan mengawasi apa yang anda masukkan ke dalam mulut anda. Gantikan makanan tinggi kalori atau tinggi lemak anda dengan makanan yang lebih banyak sayur-sayuran, protein dan karbohidrat. Mulakan secara perlahan-lahan dan anda akan dapat menjadikannya sebagai tabiat anda. Lebihkan salad dan tomato semasa makan nasi ayam. Jadikan buah-buahan sebagai snek anda sebagai pengganti keropok. Nutrisi di dalam sayuran dan buah-buahan akan membuatkan anda rasa kenyang lebih lama.

2.  Pengawalan Gula Dalam Darah
Kita mungkin tidak sedar dengan jumlah gula dalam makanan kita. Makanan tinggi gula seperti roti putih, atau jus buah-buahan dalam kotak, akan menyumbang kepada punca penyakit Diabetis Tahap 2. Anda boleh cuba membuat sendiri jus buah anda di rumah. Bukan sahaja anda boleh mengawal jumlah gulanya, malah anda juga boleh berjimat.

3.  Kesihatan Jantung
Makanan tinggi kolestrol seperti makanan yang bergoreng boleh membentuk plak di dalam saluran arteri anda dan ini akan menyumbang kepada strok dan serangan sakit jantung. 

4.  Mengurangkan Risiko Kanser
Sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi banyak antioksida yang membantu untuk meneutralkan sel-sel yang rosak dalam badan (radikal-radikal bebas yang tidak stabil dan menyebabkan sel kanser bertambah).

Jadi, mula tukar tabiat permakanan anda sekarang. Fikirkan setiap masa apa nutrisi di dalam makanan yang anda bakal ambil dan apa kebaikannya kepada badan anda. Ambil langkah perlahan-lahan jika anda susah untuk melakukannya. Yang penting, anda telah berusaha untuk mengubah kehidupan anda ke arah yang lebih baik.

Sekian.



Saturday, September 20, 2014

Kepentingan Air untuk Kesihatan dan Pengurusan Badan

Dulu saya suka minum air manis-manis, berperisa dan berkarbonat. Suka sangat-sangat! Tapi paling saya gilakan adalah kopi. Apa sahaja jenis kopi terutamanya yang blended tu. Wahhh. Tapi sayangnya, air yang sedap-sedap ni amatlah tidak baik untuk kesihatan dan paling tidak baik untuk mereka yang mempunyai masalah kencing manis.

Sememangnya saya dulu susah untuk mengamalkan tabiat minum air dengan banyak walaupon saya tahu ianya baik untuk kesihatan dan badan saya. Tetapi, dengan nasihat dan tunjuk ajar dari coach Herbalife saya, dan juga atas kesedaran diri sendiri yang semakin meninggi, saya berjaya mengatasi masalah tersebut. Saya kini tidak lagi susah untuk minum air dan saya amat bangga dengan diri saya kerana saya boleh minum air kosong lebih dari yang disarankan. Saya juga tidak lagi mengambil segala minuman yang manis dan berkarbonat. Herbalife sememangnya mengubah tabiat hidup saya ke arah yang jauh lebih baik.
  • Shake Herbalife - rasa shake yang sedap dan lazat menyebabkan ketagihan saya terhadap benda- benda manis semakin berkurang.
  • Rasa nak minum teh seperti yang biasa anda lakukan setiap hari? Anda boleh cuba Teamix Herbalife. Teh ini bukan sahaja menyegarkan, malah minuman ni boleh membakar kalori seperti 20minit bersenam.
  • Herbal Aloe Concentrate - Selain daripada menghilangkan dahaga dan menyejukkan badan, air aloe ni jugak baik untuk sistem perkumuhan dan kecantikan kulit.
Saya tahu bukan senang mahu beralih dari tabiat minum air manis kepada air kosong. Percayalah, saya pernah berada di situ. Tapi dengan usaha, anda pasti berjaya. Anda boleh melatih diri anda secara perlahan-lahan. Pakar menyarankan anda untuk cuba 'infused water'.

Apa itu infused water?



Infused water ni adalah air kosong yang dicampur dengan buah-buahan segar. Infused water ni banyak sangat khasiatnya. Antaranya:
  • Meningkatkan metabolism dalam badan.
  • Boleh mengenyangkan (maka kita akan kurang makan junk food)
  • Membantu menyingkirkan toksin daripada dalam badan.
  • Membantu menaikkan mood
  • Menjaga organ di dalam tubuh semasa kita berpeluh kerana bersenam.
  • Menyegarkan badan terutamanya pada waktu tengahari.

Ada banyak cara nak buat infused water ni. Setiap bancuhan ada fungsi dia sendiri. Memandangkan infused water ni rendah kalori, anda boleh minum sebanyak mana yang anda suka. 

cara mudah nak buat infused water

Ni cara nak buat infused water ikut fungsi dia:
  1. Teh hijau, daun pudina, limau - untuk pembakaran lemak, sakit kepala, penghadaman, dan segarkan nafas.
  2. Strawberi, kiwi - untuk sistem imunisasi, kesihatan kardiovaskular, pengaliran darah, pengahadaman.
  3. Timun, limau dan lemon - untuk pengurusan berat badan, kontrol makan, hidrasi, penghadaman.
  4. Lemon, limau, oren - untuk penambahan vitamin C, pertahanan badan
Kesimpulannya, badan kita memerlukan air dengan jumlah yang banyak. 8 gelas sehari sebenarnya adalah jumlah minimum sahaja. Badan kita perlu sentiasa dihidrasi. Jika anda mengamalkannya, anda akan perasan perubahan pada kulit muka anda, rambut dan kuku semakin cantik dan yang penting, membuatkan anda sentiasa kenyang!

Sekian.



Friday, September 19, 2014

Kesan Herbalife - Analisa Kesihatan dan Perubahan pada Kulit Wajah

Saya sebenarnya sudah lama mengambil Herbalife sejak saya mula bekerja tahun 2011. Tapi masa tu saya cuma mengambilnya sebagai sarapan pagi sebab kerja saya menyebabkan jadual harian saya sangat-sangat padat. Jadi dengan mengambil shake Herbalife, saya rasa lebih bertenaga, senang nak bangun pagi dan yang paling penting... KENYANG!!!
Peraturan kerja memerlukan saya melakukan beberapa ujian kesihatan sebelum mula bekerja (urine test..X-ray..etc..) untuk memastikan yang saya layak untuk bekerja (fit to work) memandangkan kerja-kerja saya kebanyakkannya melibatkan kekuatan fizikal saya.

Selepas dua tahun, saya perlu mengambil semula ujian-ujian tu untuk memperbaharui kad kerja saya. Kebetulan saya masih lagi menyimpan keputusan ujian sebelumnya jadi saya pun membuat perbandingan.

Ini result saya, dua tahun mengambil Shake Herbalife sebagai sarapan harian saya:

(keputusan adalah tidak tipikal untuk setiap individu)

Daripada result ni, kita nampak yang kolestrol saya menurun. Walaupun tidak banyak tapi "good" cholestrol saya (HDL) pun menaik juga. LDL level ("bad" cholestrol) dan Uric Acid saya pula menurun dan ini menunjukkan yang metabolisme badan saya bertambah baik.
Walaubagaimanapun, result yang lain menunjukkan yang saya sangat kekurangan air :P (masa ni masih tiada kesedaran tentang pentingnya air dalam badan). So, need more water!!
(anda boleh paham lebih lanjut tentang keputusan ujian darah dan air kencing anda di SINI)

Saya jugak sedar yang kulit muka saya semakin bertambah baik. Saya mempunyai masalah kulit muka yang sangat teruk sejak saya sekolah menengah dan bertambah teruk semasa saya di universiti (mungkin stress belajar). Kulit saya berjerawat dan berminyak. Muka saya pulak kusam. Memang tak berserilah! Tapi sejak mengamalkan Herbalife walaupun hanya sebagai sarapan harian, kulit saya bertambah baik. Jika anda nak tahu, kerja saya memerlukan saya bergelumang dengan minyak, gris dan kotoran-kotoran lain, tapi kulit saya tetap OK!

(keputusan adalah tidak tipikal untuk setiap individu)

Jadi jika anda mencari sarapan yang sesuai untuk hari sibuk anda tapi masih kelihatan bertenaga dan menjadi sihat as a bonus, hubungi saya sekarang!

Sekian,
Aiza.


Wednesday, September 17, 2014

Kenapa Herbalife?

Kali ini saya akan berkongsi dengan anda sebab-sebab utama saya memilih Herbalife (HL). Sebab utama sudah semestinya kerana saya nak kurus!!!
Berjaya hilang 2kg dalam masa 10 hari pertama saya sejak mengamalkan pengambilan Herbalife secara serius dalam hidup saya telah menambah semangat kepada diri saya untuk terus menggunakan produk ini.


1. Shake Herbalife hanya mengandungi nutrisi-nutrisi sihat yang memang diperlukan oeh tubuh badan kita setiap hari. Sekurang-kurangnya HL shake ini akan memastikan semua nutrisi penting tu akan diterima oleh badan saya SETIAP HARI. Kalau saya ambil cereal full grain untuk sarapan pon belum tentu lagi nutrisi yang saya terima lengkap seperti HL shake
2.Shake ni akan menggantikan semua makanan yang tak berkhasiat yang saya ambil - yang bergoreng,yang berminyak, dan yang berlemak dalam makanan yang biasa saya ambil setiap hari-semua makanan tu memang selalunya yang paling sedap utk dinikmati tapi sangat tak baik untuk tubuh badan kita.
3.HL Shake sangat la mengenyangkan. Tambah pulak kalau anda mengambil HL shake, anda wajib minum air yang sangat banyak. Jadi, secara tak lansung anda mengambil jumlah air yang mencukupi setiap hari.
4.Saya tak perlu nak pening kepala fikir apa yang saya nak makan waktu pagi dan malam. Bekalan makanan saya sentiasa tersedia setiap hari.
5. Saya masih boleh menikmati makanan yang saya suka, yang melazatkan dan mengiurkan setiap hari. Saya memang suka makan. Tapi dengan Herbalife, saya tahu yang kesihatan saya masih terjaga dan nutrisi makanan dalam badan saya sentiasa mencukupi.
6. Masalah kulit muka saya semakin berkurangan. Tiada lagi pengambilan makanan berminyak yang berlebihan, maka tiada penyumbang kepada makhluk dibenci itu. huhu..


Saya yakin saya akan menambahkan lagi sebab untuk terus menggunakan Herbalife. Saya yakin Herbalife akan terus mengubah hidup saya ke arah yang lebih baik. Dan saya yakin pilihan saya ini adalah betul.

Jika anda juga mahu mengubah hidup anda dan merasai sendiri keseronokan menghilangkan berat badan dengan Herbalife, anda boleh hubungi saya sekarang.

Sekian,
Aiza



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...