Wednesday, September 17, 2014

Kenapa Herbalife?

Kali ini saya akan berkongsi dengan anda sebab-sebab utama saya memilih Herbalife (HL). Sebab utama sudah semestinya kerana saya nak kurus!!!
Berjaya hilang 2kg dalam masa 10 hari pertama saya sejak mengamalkan pengambilan Herbalife secara serius dalam hidup saya telah menambah semangat kepada diri saya untuk terus menggunakan produk ini.


1. Shake Herbalife hanya mengandungi nutrisi-nutrisi sihat yang memang diperlukan oeh tubuh badan kita setiap hari. Sekurang-kurangnya HL shake ini akan memastikan semua nutrisi penting tu akan diterima oleh badan saya SETIAP HARI. Kalau saya ambil cereal full grain untuk sarapan pon belum tentu lagi nutrisi yang saya terima lengkap seperti HL shake
2.Shake ni akan menggantikan semua makanan yang tak berkhasiat yang saya ambil - yang bergoreng,yang berminyak, dan yang berlemak dalam makanan yang biasa saya ambil setiap hari-semua makanan tu memang selalunya yang paling sedap utk dinikmati tapi sangat tak baik untuk tubuh badan kita.
3.HL Shake sangat la mengenyangkan. Tambah pulak kalau anda mengambil HL shake, anda wajib minum air yang sangat banyak. Jadi, secara tak lansung anda mengambil jumlah air yang mencukupi setiap hari.
4.Saya tak perlu nak pening kepala fikir apa yang saya nak makan waktu pagi dan malam. Bekalan makanan saya sentiasa tersedia setiap hari.
5. Saya masih boleh menikmati makanan yang saya suka, yang melazatkan dan mengiurkan setiap hari. Saya memang suka makan. Tapi dengan Herbalife, saya tahu yang kesihatan saya masih terjaga dan nutrisi makanan dalam badan saya sentiasa mencukupi.
6. Masalah kulit muka saya semakin berkurangan. Tiada lagi pengambilan makanan berminyak yang berlebihan, maka tiada penyumbang kepada makhluk dibenci itu. huhu..


Saya yakin saya akan menambahkan lagi sebab untuk terus menggunakan Herbalife. Saya yakin Herbalife akan terus mengubah hidup saya ke arah yang lebih baik. Dan saya yakin pilihan saya ini adalah betul.

Jika anda juga mahu mengubah hidup anda dan merasai sendiri keseronokan menghilangkan berat badan dengan Herbalife, anda boleh hubungi saya sekarang.

Sekian,
Aiza



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...