Saturday, September 20, 2014

Kepentingan Air untuk Kesihatan dan Pengurusan Badan

Dulu saya suka minum air manis-manis, berperisa dan berkarbonat. Suka sangat-sangat! Tapi paling saya gilakan adalah kopi. Apa sahaja jenis kopi terutamanya yang blended tu. Wahhh. Tapi sayangnya, air yang sedap-sedap ni amatlah tidak baik untuk kesihatan dan paling tidak baik untuk mereka yang mempunyai masalah kencing manis.

Sememangnya saya dulu susah untuk mengamalkan tabiat minum air dengan banyak walaupon saya tahu ianya baik untuk kesihatan dan badan saya. Tetapi, dengan nasihat dan tunjuk ajar dari coach Herbalife saya, dan juga atas kesedaran diri sendiri yang semakin meninggi, saya berjaya mengatasi masalah tersebut. Saya kini tidak lagi susah untuk minum air dan saya amat bangga dengan diri saya kerana saya boleh minum air kosong lebih dari yang disarankan. Saya juga tidak lagi mengambil segala minuman yang manis dan berkarbonat. Herbalife sememangnya mengubah tabiat hidup saya ke arah yang jauh lebih baik.
  • Shake Herbalife - rasa shake yang sedap dan lazat menyebabkan ketagihan saya terhadap benda- benda manis semakin berkurang.
  • Rasa nak minum teh seperti yang biasa anda lakukan setiap hari? Anda boleh cuba Teamix Herbalife. Teh ini bukan sahaja menyegarkan, malah minuman ni boleh membakar kalori seperti 20minit bersenam.
  • Herbal Aloe Concentrate - Selain daripada menghilangkan dahaga dan menyejukkan badan, air aloe ni jugak baik untuk sistem perkumuhan dan kecantikan kulit.
Saya tahu bukan senang mahu beralih dari tabiat minum air manis kepada air kosong. Percayalah, saya pernah berada di situ. Tapi dengan usaha, anda pasti berjaya. Anda boleh melatih diri anda secara perlahan-lahan. Pakar menyarankan anda untuk cuba 'infused water'.

Apa itu infused water?



Infused water ni adalah air kosong yang dicampur dengan buah-buahan segar. Infused water ni banyak sangat khasiatnya. Antaranya:
  • Meningkatkan metabolism dalam badan.
  • Boleh mengenyangkan (maka kita akan kurang makan junk food)
  • Membantu menyingkirkan toksin daripada dalam badan.
  • Membantu menaikkan mood
  • Menjaga organ di dalam tubuh semasa kita berpeluh kerana bersenam.
  • Menyegarkan badan terutamanya pada waktu tengahari.

Ada banyak cara nak buat infused water ni. Setiap bancuhan ada fungsi dia sendiri. Memandangkan infused water ni rendah kalori, anda boleh minum sebanyak mana yang anda suka. 

cara mudah nak buat infused water

Ni cara nak buat infused water ikut fungsi dia:
  1. Teh hijau, daun pudina, limau - untuk pembakaran lemak, sakit kepala, penghadaman, dan segarkan nafas.
  2. Strawberi, kiwi - untuk sistem imunisasi, kesihatan kardiovaskular, pengaliran darah, pengahadaman.
  3. Timun, limau dan lemon - untuk pengurusan berat badan, kontrol makan, hidrasi, penghadaman.
  4. Lemon, limau, oren - untuk penambahan vitamin C, pertahanan badan
Kesimpulannya, badan kita memerlukan air dengan jumlah yang banyak. 8 gelas sehari sebenarnya adalah jumlah minimum sahaja. Badan kita perlu sentiasa dihidrasi. Jika anda mengamalkannya, anda akan perasan perubahan pada kulit muka anda, rambut dan kuku semakin cantik dan yang penting, membuatkan anda sentiasa kenyang!

Sekian.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...