Friday, September 19, 2014

Kesan Herbalife - Analisa Kesihatan dan Perubahan pada Kulit Wajah

Saya sebenarnya sudah lama mengambil Herbalife sejak saya mula bekerja tahun 2011. Tapi masa tu saya cuma mengambilnya sebagai sarapan pagi sebab kerja saya menyebabkan jadual harian saya sangat-sangat padat. Jadi dengan mengambil shake Herbalife, saya rasa lebih bertenaga, senang nak bangun pagi dan yang paling penting... KENYANG!!!
Peraturan kerja memerlukan saya melakukan beberapa ujian kesihatan sebelum mula bekerja (urine test..X-ray..etc..) untuk memastikan yang saya layak untuk bekerja (fit to work) memandangkan kerja-kerja saya kebanyakkannya melibatkan kekuatan fizikal saya.

Selepas dua tahun, saya perlu mengambil semula ujian-ujian tu untuk memperbaharui kad kerja saya. Kebetulan saya masih lagi menyimpan keputusan ujian sebelumnya jadi saya pun membuat perbandingan.

Ini result saya, dua tahun mengambil Shake Herbalife sebagai sarapan harian saya:

(keputusan adalah tidak tipikal untuk setiap individu)

Daripada result ni, kita nampak yang kolestrol saya menurun. Walaupun tidak banyak tapi "good" cholestrol saya (HDL) pun menaik juga. LDL level ("bad" cholestrol) dan Uric Acid saya pula menurun dan ini menunjukkan yang metabolisme badan saya bertambah baik.
Walaubagaimanapun, result yang lain menunjukkan yang saya sangat kekurangan air :P (masa ni masih tiada kesedaran tentang pentingnya air dalam badan). So, need more water!!
(anda boleh paham lebih lanjut tentang keputusan ujian darah dan air kencing anda di SINI)

Saya jugak sedar yang kulit muka saya semakin bertambah baik. Saya mempunyai masalah kulit muka yang sangat teruk sejak saya sekolah menengah dan bertambah teruk semasa saya di universiti (mungkin stress belajar). Kulit saya berjerawat dan berminyak. Muka saya pulak kusam. Memang tak berserilah! Tapi sejak mengamalkan Herbalife walaupun hanya sebagai sarapan harian, kulit saya bertambah baik. Jika anda nak tahu, kerja saya memerlukan saya bergelumang dengan minyak, gris dan kotoran-kotoran lain, tapi kulit saya tetap OK!

(keputusan adalah tidak tipikal untuk setiap individu)

Jadi jika anda mencari sarapan yang sesuai untuk hari sibuk anda tapi masih kelihatan bertenaga dan menjadi sihat as a bonus, hubungi saya sekarang!

Sekian,
Aiza.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...