Thursday, October 30, 2014

Kurus Tanpa Berlapar

Kurus tanpa berlapar

"Eh, tak apelah, saya tak keluar lunch. Saya tengah diet" Dialog ni selalu sangat kita dengar kan?Ramai yang berpendapat bahawa dengan menahan diri mereka daripada makan, mereka akan dapat menurunkan berat badan dengan lebih cepat. Ini adalah salah sama sekali. Lagi anda menahan lapar, badan akan akan lagi kurang membakar lemak di dalam badan, metabolisme anda akan menurun dan menyukarkan lagi proses penurunan berat anda.

Buang semua pemikiran anda untuk menahan anda menikmati makanan anda. Jadikan usaha anda untuk menurunkan berat badan anda seperti berita baik paling indah dalam hidup anda. Kerana hakikatnya, untuk menurunkan berat badan, anda perlu makan! Belajar bagaimana untuk makan dengan sihat, bukan untuk tidak makan.

Rahsia untuk kurus tanpa berlapar

Anda boleh makan apa sahaja. Dengan syarat, apa yang anda makan adalah lengkap dengan nutrisi kerana anda mahu apa yang anda makan akan dapat lagi membakar lemak anda dan baik untuk dalaman anda. Pakar juga menyarankan untuk kita makan setiap 3 jam untuk memastikan kita tidak akan berlapar. Rasa LAPAR sangat bahaya terutamanya kepada mereka yang sedang cuba menurunkan berat kerana apabila anda lapar, anda tidak mampu membuat keputusan dengan betul untuk pilih makan dengan sihat. Anda hanya mahu menghilangkan rasa lapar tersebut.

Bagi mereka yang bekerja pula, rasa lapar akan memberi kesan kepada kualiti kerja anda juga. Anda sudah diberikan waktu rehat dan makan yang berpatutan setiap hari. Jadi, kenapa tidak menggunakannya dengan baik? Kenapa memilih untuk tidak makan sebagai cara untuk kurus?

Jadi apakah rahsia terbaik untuk kurus? Ianya adalah dengan terus menikmati makanan kegemaran anda dengan kuantiti yang betul dan pastikan makanan anda penuh nutrisi.

Bahaya skip waktu makan

Untuk mengelakkan anda rasa lapar, jangan sesekali skip waktu makan anda. Jangan menyeksa diri anda dengan menahan lapar untuk kurus. Jangan berhenti menikmati makanan anda setiap hari. Skip waktu makan sememangnya bukan tindakan yang bijak kerana anda berkemungkinan akan makan lebih banyak pada waktu makan seterusnya. Apabila anda skip waktu makan anda, metabolisme anda kurang "bekerja" maka tahap metabolisme untuk membakar lemak di dalam tubuh anda akan menurun. Pada waktu makan seterusnya, badan anda tidak mampu untuk memecahkan makanan tersebut menjadi tenaga dengan kadar metabolisme yang biasa, maka ianya akan menjadi LEMAK di dalam badan anda. Jadi, satu lagi kesan bahaya apabila anda kerap skip waktu makan anda, anda berkemungkinan untuk naik berat badan dengan lebih cepat.

Kurus tanpa berlapar dengan Herbalife

Usaha anda untuk menurunkan berat badan akan menjadi teramat mudah dengan Herbalife. Lihatlah betapa mudahnya anda dapat menurunkan berat anda dengan program terbaik Herbalife.


Adakah anda terlalu sibuk sehingga tidak dapat makan? Jangan risau, Shake Herbalife memberi terlalu banyak kelebihan kepada anda. Dengan Herbalife, anda tidak akan lagi skip waktu makan anda, walau sesibuk mana pun jadual harian anda dan anda tidak akan berlapar lagi. Shake Herbalife sangat mudah dibawa dan mudah disediakan. Shake Herbalife juga membuatkan anda kenyang dengan lebih lama. Yang penting, Shake Herbalife membantu anda terus menikmati makanan tengahari anda yang sihat dan sedap.

Untuk menurunkan berat badan, anda perlu mengambil makanan yang rendah kalori, rendah lemak dan gula, dan mengandungi khasiat kepada badan anda. Tetapi jika anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan anda tetapi terlalu sibuk untuk menjaga apakah kandungan di dalam makanan anda sekarang, hanya pilih Shake Herbalife sebagai penyelesaian terbaik untuk anda.

Hubungi saya sekarang untuk mengetahui panduan dan kaedah terbaik untuk anda mendapatkan hasil maksimum tanpa perlu berlapar untuk kurus. Jadikan usaha anda kali ini untuk kurus adalah usaha anda yang terbaik dan terakhir untuk mencapai target anda.

Klik di bawah untuk menghubungi saya sekarang



Tuesday, October 21, 2014

Makanan Tambah Tenaga Untuk Orang Bekerja

Makanan Tambah Tenaga Untuk Orang Bekerja

Tidak kiralah apa jenis pekerjaan yang anda lakukan, menjadi seorang pekerja memerlukan tahap tenaga yang tinggi untuk anda menyelesaikan tugas atau untuk sentiasa lebih fokus di tempat kerja. Kes biasa yang berlaku, dari awal pagi lagi anda sudah mula rasa letih dan susah untuk bangun dari tempat tidur. Sampai pula di office, selepas mengharungi traffic jam dan duduk lama di dalam kereta, anda rasa tiada tenaga dan susah untuk memulakan tugasan anda. Dan akhirnya, di penghujung waktu bekerja, anda semakin kehilangan tenaga dan apabila pulang sahaja ke rumah, tenaga anda hanya cukup untuk persediaan ke tempat tidur sahaja.
Bagi mereka yang bergelar ibu/bapa pula, mereka perlu melayan karenah anak-anak dan pasangan pula. Dan apabila mereka rasa letih dan tiada tenaga, mereka menjadi mudah marah, dan kesannya mereka menyalahkan anak-anak atau pasangan mereka sendiri.



Mengapa orang bekerja perlu makanan tambah tenaga? 

Orang yang bekerja memerlukan tenaga dari awal pagi lagi sehinggalah untuk tidur semula. Mereka perlu sentiasa rasa bersemangat untuk keluar mencari rezeki dan menjadi yang terbaik di dalam bidang pekerjaan mereka. Mereka juga perlu fokus untuk melalukan tugasan mereka. Mereka juga perlu mengawal tekanan/stress yang datang dari kerja dan orang sekeliling mereka. Bukan setiap hari adalah hari yang sempurna tanpa masalah. Apabila pulang ke rumah, mereka perlu sentiasa kelihatan bertenaga untuk menjalankan tugasan sebagai anak/isteri/suami pula di rumah, dan fokus kepada aktiviti selepas bekerja mereka. Oleh kerana itu, mereka perlu makanan tambah tenaga bagi memastikan mereka tidak mudah letih dan tidak bertenaga di dalam menyelesaikan semua tugasan dan peranan mereka.



Apakah punca orang yang bekerja cepat letih dan kurang tenaga?

Kadang-kala orang yang bekerja terlalu sibuk melakukan tugasan masing mereka hingga tiada masa untuk makan dengan teratur. Akhirnya mereka hanya makan untuk menghilangkan rasa lapar dan pilih untuk makan makanan yang tidak sihat seperti fast-food dan makanan tinggi kandungan kalori. Untuk mendapatkan tenaga, kita perlu makanan yang berkhasiat dan bernutrisi tinggi supaya badan kita memproses tenaga dengan betul dan kita tidak akan mudah rasa letih untuk sepanjang hari.

Tidak bersarapan juga antara punca mengapa orang bekerja mudah rasa letih dan tiada tenaga. Sarapan pagi sememangnya penting dan memberi banyak kebaikan kepada kita.

Ketahui kebaikan sarapan pagi dan bagaimana untuk sarapan sihat dengan Herbalife

Antara punca orang bekerja cepat letih juga adalah kerana kekurangan air dalam tubuh badan mereka. Stress juga amat berkait rapat dengan orang bekerja. Mereka cenderung untuk makan lebih banyak untuk menghilangkan dan lama-kelamaan berat badan mudah naik. Apabila berat badan naik, maka lebih mudah untuk merasa letih.



Bagaimana produk Herbalife sesuai sebagai makanan tambah tenaga?

Produk Herbalife membantu untuk menambah tenaga kerana segala nutrisi yang terdapat di dalamnya. Nutrisi yang sihat ini akan membantu membekalkan tenaga yang sepatutnya kepada anda. Anda hanya perlu mengubah sarapan pagi anda dengan Shake Herbalife. Shake Herbalife akan sangat mudah disediakan dan mudah dibawa ke mana sahaja. Shake Herbalife juga amat rendah kalori dan akan membuatkan paras gula di dalam badan anda sentiasa stabil. Dengan Shake Herbalife, anda tidak akan lagi terlepas sarapan pagi anda yang kenyang dan sihat.

Herbalife juga mempunyai produk makanan tambah tenaga seperti Teamix. Teamix diperbuat daripada teh hijau yang berkualiti yang berfungsi meningkatkan metabolisme dalam badan anda dan membuang toksin melalui air kencing. Anda akan dapat merasa kesan Teamix dari hanya secawan teh ini sahaja.

Satu lagi produk Herbalife yang dapat meningkatkan metabolisme seterusnya memberi tenaga kepada anda adalah TC Formula. TC Formula terdiri daripada bahan-bahan herbal yang akan membantu anda kekal sihat dan aktif. Ia juga mengandungi kafein yang wujud secara semula jadi untuk membantu meransang metabolisme anda.

Jika anda masih mencari jawapan untuk menambah tenaga anda, saya bersedia membantu anda mendapatkan tenaga yang maksimum dan anda akan dapat menikmati kehidupan anda dengan lebih sempurna. Lantik saya sebagai coach anda dan saya akan memberikan panduan yang paling terbaik untuk anda.

Klik di bawah untuk menghubungi saya sekarang!




Monday, October 20, 2014

Cara Mudah Untuk Minum Lebih Banyak Air

Cara mudah untuk minum lebih banyak air 


Saya rasa kebanyakkan dari kita sudah tahu kebaikan dan kepentingan air untuk tubuh badan dan kesihatan kita. Tetapi berapa orang sahaja yang benar-benar mengamalkannya? Kita boleh mencipta pelbagai alasan untuk tidak mengamalkannya terutamanya mereka yang sibuk di tempat kerja. Kesibukan kerja seakan-akan menjadi batu penghalang terbesar untuk mengamalkan tabiat yang sihat ini walaupun sebenarnya terdapat banyak cara mudah untuk minum lebih banyak air bagi orang yang sibuk.

Kalau kita boleh ada masa untuk buat air nescafe/milo di pantry, kalau kita boleh ada masa untuk singgah kedai runcit membeli kacang setiap kali selepas makan tengah hari untuk dibuat snek atau bahan kudapan, kenapa kita masih tidak mampu untuk cukupkan pengambilan air dalam kehidupan seharian kita?

Satu lagi alasan untuk tidak minum air dengan banyak adalah tidak mahu berulang alik ke tandas dengan kerap. Pada saya, orang begini lebih rela lagi untuk berulang alik hospital atau klinik dan mengeluarkan duit daripada berulang alik tandas dengan percuma (oh well, paling banyak pon kena bayar 30sen).

Jika kita pernah dengar "an apple a day, makes the doctor away" begitu juga dengan pengambilan air. Ianya jauh lebih mudah dan menjimatkan. Paling penting, air akan membantu banyak proses dan aktiviti di dalam badan kita. Jadi mengapa kita masih banyak lagi alasan untuk ubah cara hidup kita?
Kajian juga telah membuktikan bahawa jika kita minum lebih banyak air setiap hari, kita akan kelihatan lebih muda dan sihat dari sebelumnya dan anda dapat menyaksikan keputusan tersebut dalam masa yang singkat sahaja.

Paling penting, air sebenarnya akan membantu untuk meningkatkan tahap metabolisme kita dan kita perlu metabolisme yang tinggi untuk membakar lemak kita menjadi tenaga kita dan seterusnya membantu kita menghilangkan berat badan dengan lebih cepat.

Ketahui bagaimana ingin lebih cepat kurus di sini

Tetapi, adalah anda tergolong dalam kategori mereka yang membuat alasan terlalu sibuk untuk minum? Di sini ada cara mudah untuk minum air lebih banyak bagi orang yang sibuk :

1. Tetapkan matlamat dan objektif setiap hari.
Kita disarankan untuk minum sekurang-kurangnya 8gelas sehari. Sekurang-kurangnya ye! Jadi apa salahnya setiap hari kita set target untuk berapa banyak kita dapat minum pada hari itu. Semakin hari, semakin bertambah kuantiti air yang perlu diminum.

2. Dapatkan bekas minuman untuk anda
Dapatkan bekas minuman yang anda benar-benar mahu guna. Terdapat pelbagai jenis botol air yang menarik yang anda boleh dapat asalkan BPA free :) Boleh check dekat bawah botol. Selalunya ada tulis kat bawah tu. Yang penting, pilih bekas minuman yang mudah dibawa kemana-mana supaya anda tidak terputus bekalan air anda.



3. DIY: Labelkan timeline
Labelkan bekas minuman anda dengan masa dan jumlah air yang perlu dihabiskan dalam tempoh tersebut.


4. Infused water
Anda boleh menvariasikan minuman anda dengan mencuba infused water sebagai permulaan. Infused water amat mudah untuk disediakan dan sangat menyegarkan.

Tahu lebih lanjut mengenai infused water di sini.

5. Jadikan sebahagian daripada rutin harian anda.
Masukkan tabiat minum air ke dalam setiap aktiviti harian anda. Sebagai contoh, sebelum dan selepas makan tengahari, sebelum dan selepas solat, sebelum dan selepas keluar dari bilik boss dan sebagainya. Semakin hari, masukkan tabiat minum air ini lebih kerap ke dalam hidup anda. Lama kelamaan, anda akan terbiasa.

6. Gunakan straw.
Mungkin agak pelik, tapi anda boleh cuba untuk menggunakan straw ataupun gelas yang menarik untuk anda. Percayalah, anda akan lebih seronok untuk minum air dan membuatkan anda tidak sabar dan tidak akan membiarkan gelas tersebut kosong.



7. Makan minuman anda
Terdapat banyak cara untuk anda makan minuman anda. Sebagai contoh, anda boleh memilih untuk makan buah yang mempunyai kandungan air yang banyak seperti tembikai.



8. Pesan makanan yang lebih pedas.
Anda boleh cuba untuk memesan makanan yang lebih pedas semasa waktu makan tengahari anda. Tambahan pula, makanan pedas boleh menaikkan metabolisme badan anda dan membuatkan anda lebih "terjaga" selepas makan.


Cara saya minum air dengan banyak.

Saya jugak mempunyai cara saya sendiri untuk menjadikan minum air dengan banyak ini sebagai satu habit:

  • Langkah pertama saya adalah dengan menjadikan botol air besar (2 Liter) sebagai kawan baik saya. Kemana sahaja saya pergi, saya akan bawa 'sahabat baik' saya ini.
  • Saya gemar menetapkan kuantiti air yang perlu dihabiskan dalam masa tertentu. Kebiasaannya, saya akan memastikan saya habis minum 2 liter air dari jam 6pagi hingga 12 tengahari, 2 liter dari 12 tengahari ke 6 petang, dan 2 liter terakhir dari 6 petang hingga hendak tidur. 
  • Saya juga penggemar infused water. Kadang kala, saya hanya memasukkan 3 hiris lemon sahaja ke dalam botol minuman saya untuk menjadikannya lebih menarik.
  • Saya juga pernah menggunakan aplikasi di dalam telefon saya untuk mengingatkan saya supaya sentiasa minum air. Terdapat banyak aplikasi ini yang anda boleh download.
Jadi saya rasa, tiada alasan lagi untuk anda tidak dapat minum air lebih banyak setiap hari. Apa yang penting, kesedaran dan kesungguhan diri untuk berubah. Jika anda mengamalkan cara mudah untuk minum lebih banyak air ini, anda akan rasa perubahan itu sendiri. Bagi saya pula, kadang kala rasa janggal pula jika tidak dapat capai target saya setiap hari. 

Jika anda ingin meMAKSIMUMkan kebaikan dan memastikan bahawa tabiat minum ar lebih banyak ini memberi FAEDAH dan PULANGAN yang terbaik untuk anda, anda boleh hubungi saya sekarang untuk mengetahui panduan terbaik untuk lebih cepat kurus untuk anda. Lantik saya sebagai coach anda sekarang!


Klik di bawah untuk menghubungi saya sekarang




Thursday, October 2, 2014

Shake Herbalife Pilihan Makanan Saya

Shake Herbalife sebagai makanan harian saya

Sebagai orang yang sentiasa sibuk dan mengejar masa, saya kadang-kala tidak mempunyai masa untuk keluar makan tengahari atau menikmati makan malam saya dengan sempurna seperti orang lain. Tapi jika tangan kaki saya sibuk, perut dan mulut pun turut "sibuk". Saya menghadapi banyak cabaran sepanjang bekerja untuk mendapat nutrisi seimbang dalam badan. Sedangkan masa makan pun tidak teratur, apatah lagi untuk fikirkan pasal nutrisi. Kesan daripada itu, berat badan saya sama sahaja.

Antara CABARAN saya semasa bekerja sebelum menjadikan Shake Herbalife pilihan makanan saya adalah:

1.          Tiada masa untuk makan 
Kadang-kala saya tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk keluar makan tengahari. Seringkali saya pulang lewat ke rumah dan tidak mempunyai masa untuk menikmati makan malam saya jauh sekali untuk masak atau keluar makan di gerai. Kadang-kala saya terus masuk tidur kerana keletihan.

2.          Mudah letih dan mengantuk
Saya mudah merasa letih walaupun baru bangun tidur. Badan saya sering berasa lenguh dan tidak mendapat rehat yang secukupnya. Selepas makan tengahari pula, jika saya mengambil makanan berat, saya akan berasa mengantuk. Nasib baik kerja saya memerlukan saya bergerak kesana sini, kalau saya kena duduk sahaja di hadapan komputer, sudah pasti saya akan menguap banyak kali.

3.          Cepat lapar 
Saya juga cepat merasa lapar walaupun belum sampai tengahari. Dan sudah tentu fokus saya terhadap kerja saya sedikit sebanyak akan terganggu.

4.          Tidak cukup air
Saya pernah ditahan wad kerana mempunyai masalah kencing kotor. Puncanya adalah saya sangat kurang air dan ia memberi kesan kepada sistem perkumuhan saya. Percaya tak, saya juga yang pada masa itu tidak mempunyai kesedaran akan kepentingan air, tidak mempunyai masa ingin minum air pun.

5.          Sering mengambil makanan yang kurang berkhasiat
Memandangkan saya jarang mempunyai masa untuk makan secara teratur, saya sering makan sahaja apa yang ada di depan saya. Jalan mudah, pulang dari kerja, saya drop by sahaja di restoran makanan segera. Kadang-kala hampir setiap malam saya akan ke sana.



Saya berasa bertuah kerana saya menemui penyelesaian dengan semua masalah saya tadi. Herbalife telah mengubah hidup saya sepenuhnya. Langkah pertama saya mengubah hidup saya adalah dengan mengambil Shake Herbalife sebagai sarapan pagi saya.

Ketahui bagaimana Herbalife memberi kesan kepada saya dengan sarapan sihat Shake Herbalife.

Saya kemudian mula mengambil Shake Herbalife sebagai pengganti makanan tengahari atau malam saya. Sarapan pagi itu memang wajiblah. Dengan menjadikan Shake Herbalife pilihan makanan saya, hidup saya menjadi semakin mudah. Kesibukan kerja bukan lagi satu halangan untuk saya menikmati makanan yang sedap dan sihat.

  • Dengan Shake Herbalife, saya berasa kenyang lebih lama. Saya juga perlu minum air secukupnya untuk mendapat kesan maksimum. Dan ini membantu saya berasa sentiasa kenyang sehingga waktu makan tengahari. Jadi pada waktu tengahari, saya dapat mengawal jumlah pengambilan makanan saya.
  • Shake Herbalife sangat mudah disediakan. Balik sahaja dari kerja, saya hanya perlukan 3-5 minit sahaja untuk menyediakan shake yang sedap. Tak perlu lagi fikir apa yang hendak dimakan setiap kali balik ke rumah.
  • Dengan mengambil Shake Herbalife, saya mendapat tenaga yang diperlukan. Saya menjadi lebih fokus dengan kerja saya.
  • Shake Herbalife juga mudah dibawa kemana-mana. Jika saya ingin mengambil shake pada waktu tengahari kerana terlalu sibuk, saya hanya perlu membawa F1 di dalam bekas lebih kecil dan bancuh sahaja di office atau dimana-mana sahaja. Mudah bukan?
Sememangnya dengan menjadikan Shake Herbalife pilihan makanan saya adalah satu langkah yang bijak yang saya ambil ke arah mendapat kesihatan badan yang lebih baik. 

Jika anda ingin merasai perubahan seperti saya dan ingin Herbalife menjadikan hidup anda setiap hari lebih mudah, anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan tips dan panduan yang terbaik. Anda pasti tidak menyesal. 

Klik di bawah untuk menghubungi saya sekarang!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...