Monday, October 20, 2014

Cara Mudah Untuk Minum Lebih Banyak Air

Cara mudah untuk minum lebih banyak air 


Saya rasa kebanyakkan dari kita sudah tahu kebaikan dan kepentingan air untuk tubuh badan dan kesihatan kita. Tetapi berapa orang sahaja yang benar-benar mengamalkannya? Kita boleh mencipta pelbagai alasan untuk tidak mengamalkannya terutamanya mereka yang sibuk di tempat kerja. Kesibukan kerja seakan-akan menjadi batu penghalang terbesar untuk mengamalkan tabiat yang sihat ini walaupun sebenarnya terdapat banyak cara mudah untuk minum lebih banyak air bagi orang yang sibuk.

Kalau kita boleh ada masa untuk buat air nescafe/milo di pantry, kalau kita boleh ada masa untuk singgah kedai runcit membeli kacang setiap kali selepas makan tengah hari untuk dibuat snek atau bahan kudapan, kenapa kita masih tidak mampu untuk cukupkan pengambilan air dalam kehidupan seharian kita?

Satu lagi alasan untuk tidak minum air dengan banyak adalah tidak mahu berulang alik ke tandas dengan kerap. Pada saya, orang begini lebih rela lagi untuk berulang alik hospital atau klinik dan mengeluarkan duit daripada berulang alik tandas dengan percuma (oh well, paling banyak pon kena bayar 30sen).

Jika kita pernah dengar "an apple a day, makes the doctor away" begitu juga dengan pengambilan air. Ianya jauh lebih mudah dan menjimatkan. Paling penting, air akan membantu banyak proses dan aktiviti di dalam badan kita. Jadi mengapa kita masih banyak lagi alasan untuk ubah cara hidup kita?
Kajian juga telah membuktikan bahawa jika kita minum lebih banyak air setiap hari, kita akan kelihatan lebih muda dan sihat dari sebelumnya dan anda dapat menyaksikan keputusan tersebut dalam masa yang singkat sahaja.

Paling penting, air sebenarnya akan membantu untuk meningkatkan tahap metabolisme kita dan kita perlu metabolisme yang tinggi untuk membakar lemak kita menjadi tenaga kita dan seterusnya membantu kita menghilangkan berat badan dengan lebih cepat.

Ketahui bagaimana ingin lebih cepat kurus di sini

Tetapi, adalah anda tergolong dalam kategori mereka yang membuat alasan terlalu sibuk untuk minum? Di sini ada cara mudah untuk minum air lebih banyak bagi orang yang sibuk :

1. Tetapkan matlamat dan objektif setiap hari.
Kita disarankan untuk minum sekurang-kurangnya 8gelas sehari. Sekurang-kurangnya ye! Jadi apa salahnya setiap hari kita set target untuk berapa banyak kita dapat minum pada hari itu. Semakin hari, semakin bertambah kuantiti air yang perlu diminum.

2. Dapatkan bekas minuman untuk anda
Dapatkan bekas minuman yang anda benar-benar mahu guna. Terdapat pelbagai jenis botol air yang menarik yang anda boleh dapat asalkan BPA free :) Boleh check dekat bawah botol. Selalunya ada tulis kat bawah tu. Yang penting, pilih bekas minuman yang mudah dibawa kemana-mana supaya anda tidak terputus bekalan air anda.



3. DIY: Labelkan timeline
Labelkan bekas minuman anda dengan masa dan jumlah air yang perlu dihabiskan dalam tempoh tersebut.


4. Infused water
Anda boleh menvariasikan minuman anda dengan mencuba infused water sebagai permulaan. Infused water amat mudah untuk disediakan dan sangat menyegarkan.

Tahu lebih lanjut mengenai infused water di sini.

5. Jadikan sebahagian daripada rutin harian anda.
Masukkan tabiat minum air ke dalam setiap aktiviti harian anda. Sebagai contoh, sebelum dan selepas makan tengahari, sebelum dan selepas solat, sebelum dan selepas keluar dari bilik boss dan sebagainya. Semakin hari, masukkan tabiat minum air ini lebih kerap ke dalam hidup anda. Lama kelamaan, anda akan terbiasa.

6. Gunakan straw.
Mungkin agak pelik, tapi anda boleh cuba untuk menggunakan straw ataupun gelas yang menarik untuk anda. Percayalah, anda akan lebih seronok untuk minum air dan membuatkan anda tidak sabar dan tidak akan membiarkan gelas tersebut kosong.



7. Makan minuman anda
Terdapat banyak cara untuk anda makan minuman anda. Sebagai contoh, anda boleh memilih untuk makan buah yang mempunyai kandungan air yang banyak seperti tembikai.



8. Pesan makanan yang lebih pedas.
Anda boleh cuba untuk memesan makanan yang lebih pedas semasa waktu makan tengahari anda. Tambahan pula, makanan pedas boleh menaikkan metabolisme badan anda dan membuatkan anda lebih "terjaga" selepas makan.


Cara saya minum air dengan banyak.

Saya jugak mempunyai cara saya sendiri untuk menjadikan minum air dengan banyak ini sebagai satu habit:

  • Langkah pertama saya adalah dengan menjadikan botol air besar (2 Liter) sebagai kawan baik saya. Kemana sahaja saya pergi, saya akan bawa 'sahabat baik' saya ini.
  • Saya gemar menetapkan kuantiti air yang perlu dihabiskan dalam masa tertentu. Kebiasaannya, saya akan memastikan saya habis minum 2 liter air dari jam 6pagi hingga 12 tengahari, 2 liter dari 12 tengahari ke 6 petang, dan 2 liter terakhir dari 6 petang hingga hendak tidur. 
  • Saya juga penggemar infused water. Kadang kala, saya hanya memasukkan 3 hiris lemon sahaja ke dalam botol minuman saya untuk menjadikannya lebih menarik.
  • Saya juga pernah menggunakan aplikasi di dalam telefon saya untuk mengingatkan saya supaya sentiasa minum air. Terdapat banyak aplikasi ini yang anda boleh download.
Jadi saya rasa, tiada alasan lagi untuk anda tidak dapat minum air lebih banyak setiap hari. Apa yang penting, kesedaran dan kesungguhan diri untuk berubah. Jika anda mengamalkan cara mudah untuk minum lebih banyak air ini, anda akan rasa perubahan itu sendiri. Bagi saya pula, kadang kala rasa janggal pula jika tidak dapat capai target saya setiap hari. 

Jika anda ingin meMAKSIMUMkan kebaikan dan memastikan bahawa tabiat minum ar lebih banyak ini memberi FAEDAH dan PULANGAN yang terbaik untuk anda, anda boleh hubungi saya sekarang untuk mengetahui panduan terbaik untuk lebih cepat kurus untuk anda. Lantik saya sebagai coach anda sekarang!


Klik di bawah untuk menghubungi saya sekarang




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...