Sunday, November 2, 2014

Cara Untuk Kurus dan Membentuk Badan

Cara untuk kurus dan membentuk badan


Saya masih ingat lagi kali pertama saya ingin membeli jeans menggunakan duit gaji kerja pertama saya. Masa tu saya masih bekerja di Labuan. Sebabkan saya tidak berapa mahir kedai-kedai disana, saya pun ajak sekali kawan saya di sana, Kak Aini. Masa dekat kedai jeans tu, seperti kebiasaan, saya akan terus mencari di rak jeans lelaki untuk mencari size besar. Sebelum tu saya tidak pernah dapat menyarung jeans perempuan yang cantik-cantik disebabkan ukuran pinggang yang terlebih besar. Kalau nak bergaya tu, memang tidaklah! Seluar menggeleber, T-shirt pun saya akan pakai saiz lelaki. 

Saya ingat lagi masa tu Kak Aini beriya menyuruh saya mencuba satu jeans demi-curve cut yang memang selama ni jangan haraplah saya nak sentuh pun. Dia menyakinkan diri saya bahawa saya akan muat dengan saiz yang dia pilih. Saya yang penuh ragu-ragu dan yakin saya tidak akan muat, pergi ke bilik salinan untuk mencuba dalam terpaksa. Siapa sangka! Saya muat jeans tu! Dan size jeans tersebut adalah kurang 4inci dari ukuran pinggang saya yang biasa. Saya memang seperti bermimpi masa tu. Dalam hati saya, Allah je tahu betapa gembiranya saya masa tu. Saya mula menyakini teguran kawan-kawan mengatakan bahawa saya semakin mengecil. Saat itu membuktikan segalanya walaupun ianya berlaku tanpa dirancang.



Selepas hari itu, saya mula yakin dengan tubuh badan saya. Saya lebih yakin untuk menyarungkan pakaian idaman saya. Kalau nak cari baju di butik pun sudah tidak menjadi masalah lagi. Sebelum itu, memang saya tidak pernah lansung mencari baju di butik kerana yakin tidak akan ada saiz saya. Jika ada saiz saya pun, designnya mesti saya tidak berkenan.


Cara untuk kurus dan membentuk badan, bagaimana saya berjaya hilang 4 inci di pinggang saya?
  • Makan seimbang - Saya memastikan saya hanya mengambil makanan yang seimbang di dalam menu seharian saya. Semuanya jadi mudah dengan hanya mengamalkan Formula 1 Shake Herbalife dalam permakanan harian saya. Shake Herbalife membantu saya cepat kurus dan menghilangkan berat badan saya dengan cara yang sihat.
  • Pengambilan protein dalam diet - Protein akan membantu membina dan membaiki tisu otot. Lebih banyak tisu otot, lebih tinggi kadar metabolisme untuk membakar lemak-lemak dala badan. Saya hanya mengamalkan Formula 3 Herbalife yang dicampur sekali di dalam shake harian saya. Jumlah itu sudah cukup untuk bekalan protein saya setiap hari.
  • Berjalan, berjalan dan berjalan! - Saya terlalu sibuk dengan kerja saya sehingga saya tiada masa untuk bersenam. Tetapi kerja saya memerlukan saya bergerak sentiasa. Ulang alik ke depan dan kebelakang, pejabat di depan dan workshop pula jauh di belakang. Tapi secara tidak sedar, itulah senaman saya setiap hari.

Formula 3 Blended Soy and Whey Protein Powder (F3) sebagai cara untuk kurus dan membentuk badan

F3 Herbalife akan membantu membentuk tubuh badan anda dengan lebih cepat. Kebiasaannya, apabila anda kehilangan berat, tubuh badan anda mula menggeleber. F3 Herbalife akan membantu mengurangkan inci badan anda dan membantu pembinaan otot. F3 Herbalife dapat meningkatkan metabolisme dan membantu melawan rasa lapar.
Antara manfaat utama F3 Herbalife adalah:
- Membantu  mengekalkan pengambilan protein yang cukup dan disyorkan
- Mengandungi lebih kurang 5 gram protein bagi setiap sudu besar penuh. 
- Mengandungi protein soya serta isoflavon yang diperlukan.
- Mengandungi whey protein yang penting untuk perkembangan otot.  

Jadi jika anda juga sudah lama mengimpikan tubuh badan yang lebih baik, membuatkan anda lebih yakin dan bergaya, dan jika anda sudah lama impikan untuk muat di dalam pakaian kegemaran anda, anda boleh menghubungi saya sekarang. Saya akan berkongsi tips dan panduan dan membantu anda mendapatkan bentuk badan yang anda impikan selama ini.

Klik di bawah untuk menghubungi saya sekarang!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...