Tuesday, January 27, 2015

Cantik Dengan Herbalife SKIN

Nutrisi Luaran Herbalife Untuk Kulit Cantik

Tidakkah kita mahu muka kita sentiasa berseri dan kelihatan muda setiap hari? Kajian menunjukkan wanita di Malaysia menghabiskan 55% waktu mereka setiap hari memikirkan tentang penampilan mereka. Jadi anda semestinya memikirkan setiap hari bagaimana untuk cantik. Ada juga antara kita yang masih tercari-cari apakah produk terbaik untuk kulit muka anda.
Seharian di pejabat atau di tempat kerja akan membuatkan muka kita kelihatan kusam dan penat. Tambah pula dengan stress kerja dan keadaan tempat kerja kita. Kesannya, kebanyakkan daripada kita bergantung kepada alat-alat solek untuk menjadi cantik. Kenapa perlu alatan solek yang memberi kecantikan yang tidak kekal sedangkan anda boleh mendapat kulit muka yang anda mahukan selama ini?

Herbalife kini telah mengeluarkan produk nutrisi luaran yang sesuai dengan semua jenis kulit. Baik kulit jenis kering, atau berminyak, produk SKIN telah menyediakan rangkaian yang terbaik untuk setiap penggunanya supaya anda akan cantik dengan Herbalife.
SKIN Herbalife dapat membantu mengembalikan keremajaan kulit menjadikan kulit lebih berseri, cantik dan muda. Kesan penggunaannya, anda akan dapat lihat dalam masa 7 hari sahaja!


Untuk memastikan anda cantik dengan Herbalife, produk ini telah diuji secara dermalogica oleh pakar-pakar. Semua bahan yang digunakan adalah bahan-bahan semulajadi yang sesuai dengan keadaan kulit muka kita dan yang paling penting, tidak berbahaya!

Antara kelebihan Herbalife SKIN yang lain adalah:

  • Mengecilkan pori-pori wajah
  • Mengurangkan dan menghilangkan kedutan dan garisan halus pada wajah
  • Menjadikan kulit muka kelihatan lebih segar dan muda
  • Membuatkan kulit terasa bersih
  • Mengecutkan dan mengurangkan jerawat



Herbalife SKIN juga telah menyediakan langkah-langkah mudah untuk anda. Anda boleh rujuk coach anda untuk mengetahui produk yang manakah yang paling bersesuaian dengan anda dan anda akan tampil lebih cantik dengan Herbalife.
Saya telah mendapat hasil yang terbaik daripada Herbalife SKIN. Dan kerana itulah saya teruja untuk berkongsi dengan anda kegembiraan yang saya perolehi.

Rasai dan alami sendiri perubahan pada kulit muka anda. Hubungi saya sekarang juga! Sekiranya anda berada di sekitar kawasan Kemaman, Kerteh, Paka dan Cherating, anda boleh hubungi saya untuk membuat temujanji anda. Saya gembira untuk berkongsi dengan anda bagaimana Herbalife SKIN akan membawa perubahan kepada hidup anda

Hubungi/Whatsapp/PM/email saya:
Aiza Yazid
Tel: 019-3939158
Email: aizayazid@gmail.com
Facebook: Aiza Amelia Yazid




Kulit Cantik Dengan SKIN Herbalife

Testimoni Saya dengan SKIN Herbalife

Seperti anda, saya juga mencari produk yang sesuai dengan kulit saya. Setiap hari, kulit muka saya terdedah kepada persekitaran yang tidak sihat. Kerja saya memerlukan saya banyak berada di luar bangunan. Bayangkan segala jenis kotoran, habuk dan pancaran matahari yang tidak sihat untuk kulit saya. Kesan daripada itu, kulit saya menjadi gelap, tidak bermaya dan kelihatan lebih tua dari usia saya. Ketika itu juga saya tidak mempunyai kesedaran nutrisi luaran dan dalaman. Saya tercari-cari apakah produk yang saya boleh gunakan untuk menyelesaikan masalah saya.

Sekarang, selain menjaga kulit melalui nutrisi dalaman, saya juga memerlukan nutrisi luaran yang sesuai dengan kulit saya yang sensitif.
Hubungi saya untuk mengetahui bagaimana menjaga kulit anda melalui nutrisi dalaman.
Setiap orang mempunyai jenis kulit muka yang berbeza-beza.Saya mempunyai kulit yang sangat sensitif. Kulit saya sangat mudah memberi reaksi cepat kepada produk dan bahan kimia di dalam produk tertentu. Kesannya, jika tersalah produk, kulit saya mudah timbul jerawat, kering di sesetengah kawasan muka dan sangat gatal! Oleh sebab itu, saya sentiasa memastikan saya memilih produk yang tepat untuk menjaga muka saya.

Saya berasa amat beruntung kerana dipertemukan dengan produk SKIN Herbalife. Dengan sekali percubaan sahaja, saya sudah nampak perubahan pada kulit muka saya. Saya memberanikan diri mencuba untuk tempoh 1 minggu. Ternyata ianya tidak mengecewakan! Saya boleh lihat jerawat di muka saya mengecut, kulit muka saya menjadi lebih lembab, dan muka saya menjadi lebih cerah!


Saya sememangnya teruja untuk berkongsi dengan anda mengenai produk ini. Saya yakin kerana saya telah berjaya mendapat kesan yang saya mahukan. Dengan bantuan dan nasihat daripada coach saya, saya memang akan kekal dengan SKIN Herbalife!

Jika anda serius untuk menjaga kulit muka anda seperti saya, dan mencari produk sesuai dengan anda, saya bersedia menjadi coach anda dan membimbing anda dengan baik untuk mendapatkan hasil terbaik!
Kepada mereka yang berada di sekitar Kemaman, Kerteh, Paka dan Cherating, buat temujanji anda dengan saya sekarang! Saya berbesar hati untuk berkongsi dengan anda.

Hubungi/Whatsapp/PM/email saya:
Aiza Yazid
Tel: 019-3939158
Email: aizayazid@gmail.com
Facebook: Aiza Amelia Yazid



Langkah Menurunkan Berat Badan

Langkah Menurunkan Berat Badan : Tetapkan Matlamat Anda!!

Adakah anda sudah mempunyai matlamat untuk menurunkan berat badan anda atau untuk mendapatkan bentuk badan yang anda inginkan? Setiap tindakan dan usaha yang diambil bermula daripada matlamat yang ditetapkan di minda anda. Bermula dari matlamat, anda akan menyusun langkah seterusnya dengan lebih bersemangat dan teratur. Matlamat yang anda tetapkan boleh menjadikan apa yang tidak mungkin berlaku kepada sesuatu yang PASTI AKAN DAPAT DICAPAI!



Tuliskan dan Gambarkan Matlamat Anda

Bangunkan Minda Separuh Sedar anda dan jadikan matlamat anda sesuatu yang benar. Anda akan dapat mencorak langkah anda dengan lebih terperinci dan teliti dengan hanya menuliskan matlamat anda. Bayangkan dengan jelas ketika matlamat anda itu sudah dicapai. Secara tidak sedar, minda anda juga akan terpedaya dan percaya bahawa ianya adalah benar! Maka anda akan lebih berdisiplin apabila anda sudah memikirkan kemanisan kejayaan yang bakal anda capai!

Tulis dengan jelas, dan tampalkan matlamat anda di mana-mana ruang yang sentiasa dilihat oleh anda. Apabila anda "terkeluar dari landasan" atau anda ingin berputus asa, lihat kembali dan ingat kembali matlamat dan sasaran anda.

Kenali Tubuh Anda dan Ketahui Analisa Kesihatan Anda

Bagaimana anda ingin menetapkan matlamat yang ingin dicapai sekiranya anda sendiri tidak mengetahui tubuh badan anda sendiri? Bagaimana anda ingin memulakan langkah sekiranya anda tidak tahu apa sebenarnya yang ada di dalam badan anda? Jangan sangka mereka yang berbadan kurus tidak mempunyai lemak di dalam badan mereka.

Di sinilah pentingnya mengapa anda perlu mendapatkan analisa kesihatan anda daripada coach anda.
Hubungi saya dan lantik saya sebagai coach anda sekarang
Anda boleh mengetahui bermacam-macam perkara dengan hanya sekali timbangan. Anda akan dapat mengetahui:

  • Peratusan lemak di dalam badan
  • Peratusan air di dalam badan
  • Jisim otot
  • Jenis bentuk badan
  • Metabolisme badan
  • Umur metabolisme
  • Jisim tulang
  • Lemak Viseral




Usah bimbang, coach anda akan membantu menerangkan lebih terperinci untuk setiap hasil timbangan anda. Anda akan mempunyai gambaran yang lebih jelas tentang matlamat anda dalam menurunkan berat badan dan menjaga kesihatan anda. Coach anda juga akan membimbing anda cara terbaik untuk mendapatkan hasil yang anda inginkan.

Oleh itu, tetapkan matlamat anda sekarang! Itulah langkah paling penting untuk anda mendapat tahap kesihatan dan berat badan yang anda idamkan selama ini.

Saya mencari mereka yang serius untuk menurunkan berat badan dan mendapatkan bentuk badan yang diimpikan. Saya yakin saya akan dapat membimbing anda untuk mendapat hasil yang anda inginkan. Untuk mereka yang berada di sekitar kawasan Kemaman, Cherating, Paka dan Kerteh, anda boleh membuat temujanji dengan saya dan kita boleh berjumpa. Saya gembira untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan anda untuk dapatkan bentuk badan idaman anda.

Hubungi/Whatsapp/PM/email saya:
Aiza Yazid
Tel: 019-3939158
Email: aizayazid@gmail.com
Facebook: Aiza Amelia Yazid



Saturday, January 24, 2015

Cara Menurunkan Berat Badan Yang Mudah

Ketahui Cara Menurunkan Berat Badan Yang Mudah dan Tidak Menyusahkan

Saya yakin ramai di antara kita yang mengimpikan untuk mendapat berat badan yang ideal. Ramai yang sanggup melakukan apa sahaja untuk nampak cantik termasuklah mengambil jalan mudah yang tidak sihat untuk kurus.
Pengalaman saya sendiri, saya juga seperti anda, terlalu obses untuk kurus. Tanpa pengetahuan yang cukup, saya tahan diri saya dari makan apa sahaja. Waktu petang je, saya akan pergi berjogging tanpa berehat. Kesannya, saya menjadi tertekan kerana tidak dapat makan, saya jadi sangat-sangat letih, dan bila saya berhenti berdiet, berat saya naik dua kali ganda!

Tidak saya ketahui ketika itu bahawa sebenarnya tidaklah susah untuk menguruskan badan. Malah sekarang ini selepas saya mengamalkannya, saya berasa lebih gembira. Saya hilang 8kg dengan cara mudah dan tidak menyusahkan. Kalau saya boleh, mengapa tidak anda. Hubungi saya sekarang untuk mengetahui cara saya menurunkan berat badan dengan mudah dan tidak menyusahkan.



Cara menurunkan berat badan yang mudah dan tidak menyusahkan:

1. Tukar makanan anda

Tukar sarapan pagi anda, tukar makan tengahari anda, tukar makanan malam anda! Tukar kepada makanan yang bukan sahaja sihat tetapi sedap! Anda masih boleh gembira dan menikmati makanan anda, pada masa yang sama anda hilang berat badan.
Ambil sarapan pagi yang mengenyangkan perut anda kerana ia akan membantu mengawal lapar anda untuk waktu makan seterusnya. Sarapan pagi adalah waktu makan yang paling penting sekali. Makan sarapan pagi yang sihat akan membantu anda mengambil makanan yang sihat untuk sepanjang hari. Anda juga digalakkan untuk mengambil sarapan pagi yang penuh protein kerana badan kita mengambil masa yang lebih lama untuk memproses protein daripada karbohidrat. Jadi, akan akan kenyang lebih lama.
Hubungi saya untuk dapatkan sarapan pagi yang mengenyangkan, penuh protein dan amat mudah disediakan.
Ketahui bagaimana anda boleh kurus dengan hanya menukar sarapan pagi anda.

Makan tengahari juga penting untuk memastikan anda boleh kurus dengan cepat. Anda masih boleh menikmati lauk-pauk kegemaran anda asalkan anda mengawal jumlah makanan itu di atas pinggan anda. Lebihkan sayur-sayuran dan sumber protein. Dan pastikan sumber protein anda dimasak dengan cara yang betul supaya anda mendapat menyerap kandungan nutrien semaksimum yang mungkin, bukan hanya menyerap minyak dan lemak sahaja.
Tubuh anda juga sebenarnya tidak perlu terlalu banyak makanan pada waktu malam. Ini kerana tubuh anda telah bersedia untuk berehat dan memperbetulkan sel-sel ketika anda tidur. Oleh itu, anda perlu mengambil makanan penuh nutrien, vitamin dan mineral untuk memastikan sel-sel anda gembira dan sihat semasa proses pemulihannya.



2. Minum banyak air

Antara kesilapan kebanyakkan orang adalah, mereka ingin kurus tetapi tidak minum cukup air! Air merupakan antara elemen yang paling penting untuk menguruskan badan anda. Ini adalah kerana, air akan membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak di dalam badan dan juga membuatkan proses perkumuhan lebih lancar. Anda perlu tahu jumlah minimum air yang perlu anda minum setiap hari untuk mendapatkan badan yang diidamkan.

3. Minum teh hijau.

Teh hijau mempunyai antioksidan yang baik untuk badan dan boleh membakar lemak di dalam dengan lebih cepat.
Ketahui bagaimana Teh Herbalife akan membantu pembakaran lemak anda dengan cepat.

4. Tidur yang mencukupi.

Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi.  Tidur penting untuk proses menurunkan berat badan. Kajian menunjukkan orang yang kurang tidur, akan makan lebih kalori daripada mereka yang cukup tidur.

Jom turunkan berat badan dengan gembira! Turun berat badan dengan cara mudah dan tidak menyusahkan anda dan dapatkan bentuk badan yang selama ini anda impikan. Hubungi saya dan lantik saya sebagai coach anda untuk ketahui cara kurus yang berkesan, cepat dan terbaik. Dapatkan analisa kesihatan bagi memulakan langkah menurunkan berat badan anda. Jom mulakan sekarang juga.

Hubungi/Whatsapp/PM/email saya:
Aiza Yazid
Tel: 019-3939158
Email: aizayazid@gmail.com
Facebook: Aiza Amelia Yazid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...