Saturday, January 24, 2015

Cara Menurunkan Berat Badan Yang Mudah

Ketahui Cara Menurunkan Berat Badan Yang Mudah dan Tidak Menyusahkan

Saya yakin ramai di antara kita yang mengimpikan untuk mendapat berat badan yang ideal. Ramai yang sanggup melakukan apa sahaja untuk nampak cantik termasuklah mengambil jalan mudah yang tidak sihat untuk kurus.
Pengalaman saya sendiri, saya juga seperti anda, terlalu obses untuk kurus. Tanpa pengetahuan yang cukup, saya tahan diri saya dari makan apa sahaja. Waktu petang je, saya akan pergi berjogging tanpa berehat. Kesannya, saya menjadi tertekan kerana tidak dapat makan, saya jadi sangat-sangat letih, dan bila saya berhenti berdiet, berat saya naik dua kali ganda!

Tidak saya ketahui ketika itu bahawa sebenarnya tidaklah susah untuk menguruskan badan. Malah sekarang ini selepas saya mengamalkannya, saya berasa lebih gembira. Saya hilang 8kg dengan cara mudah dan tidak menyusahkan. Kalau saya boleh, mengapa tidak anda. Hubungi saya sekarang untuk mengetahui cara saya menurunkan berat badan dengan mudah dan tidak menyusahkan.



Cara menurunkan berat badan yang mudah dan tidak menyusahkan:

1. Tukar makanan anda

Tukar sarapan pagi anda, tukar makan tengahari anda, tukar makanan malam anda! Tukar kepada makanan yang bukan sahaja sihat tetapi sedap! Anda masih boleh gembira dan menikmati makanan anda, pada masa yang sama anda hilang berat badan.
Ambil sarapan pagi yang mengenyangkan perut anda kerana ia akan membantu mengawal lapar anda untuk waktu makan seterusnya. Sarapan pagi adalah waktu makan yang paling penting sekali. Makan sarapan pagi yang sihat akan membantu anda mengambil makanan yang sihat untuk sepanjang hari. Anda juga digalakkan untuk mengambil sarapan pagi yang penuh protein kerana badan kita mengambil masa yang lebih lama untuk memproses protein daripada karbohidrat. Jadi, akan akan kenyang lebih lama.
Hubungi saya untuk dapatkan sarapan pagi yang mengenyangkan, penuh protein dan amat mudah disediakan.
Ketahui bagaimana anda boleh kurus dengan hanya menukar sarapan pagi anda.

Makan tengahari juga penting untuk memastikan anda boleh kurus dengan cepat. Anda masih boleh menikmati lauk-pauk kegemaran anda asalkan anda mengawal jumlah makanan itu di atas pinggan anda. Lebihkan sayur-sayuran dan sumber protein. Dan pastikan sumber protein anda dimasak dengan cara yang betul supaya anda mendapat menyerap kandungan nutrien semaksimum yang mungkin, bukan hanya menyerap minyak dan lemak sahaja.
Tubuh anda juga sebenarnya tidak perlu terlalu banyak makanan pada waktu malam. Ini kerana tubuh anda telah bersedia untuk berehat dan memperbetulkan sel-sel ketika anda tidur. Oleh itu, anda perlu mengambil makanan penuh nutrien, vitamin dan mineral untuk memastikan sel-sel anda gembira dan sihat semasa proses pemulihannya.



2. Minum banyak air

Antara kesilapan kebanyakkan orang adalah, mereka ingin kurus tetapi tidak minum cukup air! Air merupakan antara elemen yang paling penting untuk menguruskan badan anda. Ini adalah kerana, air akan membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak di dalam badan dan juga membuatkan proses perkumuhan lebih lancar. Anda perlu tahu jumlah minimum air yang perlu anda minum setiap hari untuk mendapatkan badan yang diidamkan.

3. Minum teh hijau.

Teh hijau mempunyai antioksidan yang baik untuk badan dan boleh membakar lemak di dalam dengan lebih cepat.
Ketahui bagaimana Teh Herbalife akan membantu pembakaran lemak anda dengan cepat.

4. Tidur yang mencukupi.

Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi.  Tidur penting untuk proses menurunkan berat badan. Kajian menunjukkan orang yang kurang tidur, akan makan lebih kalori daripada mereka yang cukup tidur.

Jom turunkan berat badan dengan gembira! Turun berat badan dengan cara mudah dan tidak menyusahkan anda dan dapatkan bentuk badan yang selama ini anda impikan. Hubungi saya dan lantik saya sebagai coach anda untuk ketahui cara kurus yang berkesan, cepat dan terbaik. Dapatkan analisa kesihatan bagi memulakan langkah menurunkan berat badan anda. Jom mulakan sekarang juga.

Hubungi/Whatsapp/PM/email saya:
Aiza Yazid
Tel: 019-3939158
Email: aizayazid@gmail.com
Facebook: Aiza Amelia Yazid

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...