Tuesday, January 27, 2015

Kulit Cantik Dengan SKIN Herbalife

Testimoni Saya dengan SKIN Herbalife

Seperti anda, saya juga mencari produk yang sesuai dengan kulit saya. Setiap hari, kulit muka saya terdedah kepada persekitaran yang tidak sihat. Kerja saya memerlukan saya banyak berada di luar bangunan. Bayangkan segala jenis kotoran, habuk dan pancaran matahari yang tidak sihat untuk kulit saya. Kesan daripada itu, kulit saya menjadi gelap, tidak bermaya dan kelihatan lebih tua dari usia saya. Ketika itu juga saya tidak mempunyai kesedaran nutrisi luaran dan dalaman. Saya tercari-cari apakah produk yang saya boleh gunakan untuk menyelesaikan masalah saya.

Sekarang, selain menjaga kulit melalui nutrisi dalaman, saya juga memerlukan nutrisi luaran yang sesuai dengan kulit saya yang sensitif.
Hubungi saya untuk mengetahui bagaimana menjaga kulit anda melalui nutrisi dalaman.
Setiap orang mempunyai jenis kulit muka yang berbeza-beza.Saya mempunyai kulit yang sangat sensitif. Kulit saya sangat mudah memberi reaksi cepat kepada produk dan bahan kimia di dalam produk tertentu. Kesannya, jika tersalah produk, kulit saya mudah timbul jerawat, kering di sesetengah kawasan muka dan sangat gatal! Oleh sebab itu, saya sentiasa memastikan saya memilih produk yang tepat untuk menjaga muka saya.

Saya berasa amat beruntung kerana dipertemukan dengan produk SKIN Herbalife. Dengan sekali percubaan sahaja, saya sudah nampak perubahan pada kulit muka saya. Saya memberanikan diri mencuba untuk tempoh 1 minggu. Ternyata ianya tidak mengecewakan! Saya boleh lihat jerawat di muka saya mengecut, kulit muka saya menjadi lebih lembab, dan muka saya menjadi lebih cerah!


Saya sememangnya teruja untuk berkongsi dengan anda mengenai produk ini. Saya yakin kerana saya telah berjaya mendapat kesan yang saya mahukan. Dengan bantuan dan nasihat daripada coach saya, saya memang akan kekal dengan SKIN Herbalife!

Jika anda serius untuk menjaga kulit muka anda seperti saya, dan mencari produk sesuai dengan anda, saya bersedia menjadi coach anda dan membimbing anda dengan baik untuk mendapatkan hasil terbaik!
Kepada mereka yang berada di sekitar Kemaman, Kerteh, Paka dan Cherating, buat temujanji anda dengan saya sekarang! Saya berbesar hati untuk berkongsi dengan anda.

Hubungi/Whatsapp/PM/email saya:
Aiza Yazid
Tel: 019-3939158
Email: aizayazid@gmail.com
Facebook: Aiza Amelia Yazid



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...