Tuesday, January 27, 2015

Langkah Menurunkan Berat Badan

Langkah Menurunkan Berat Badan : Tetapkan Matlamat Anda!!

Adakah anda sudah mempunyai matlamat untuk menurunkan berat badan anda atau untuk mendapatkan bentuk badan yang anda inginkan? Setiap tindakan dan usaha yang diambil bermula daripada matlamat yang ditetapkan di minda anda. Bermula dari matlamat, anda akan menyusun langkah seterusnya dengan lebih bersemangat dan teratur. Matlamat yang anda tetapkan boleh menjadikan apa yang tidak mungkin berlaku kepada sesuatu yang PASTI AKAN DAPAT DICAPAI!



Tuliskan dan Gambarkan Matlamat Anda

Bangunkan Minda Separuh Sedar anda dan jadikan matlamat anda sesuatu yang benar. Anda akan dapat mencorak langkah anda dengan lebih terperinci dan teliti dengan hanya menuliskan matlamat anda. Bayangkan dengan jelas ketika matlamat anda itu sudah dicapai. Secara tidak sedar, minda anda juga akan terpedaya dan percaya bahawa ianya adalah benar! Maka anda akan lebih berdisiplin apabila anda sudah memikirkan kemanisan kejayaan yang bakal anda capai!

Tulis dengan jelas, dan tampalkan matlamat anda di mana-mana ruang yang sentiasa dilihat oleh anda. Apabila anda "terkeluar dari landasan" atau anda ingin berputus asa, lihat kembali dan ingat kembali matlamat dan sasaran anda.

Kenali Tubuh Anda dan Ketahui Analisa Kesihatan Anda

Bagaimana anda ingin menetapkan matlamat yang ingin dicapai sekiranya anda sendiri tidak mengetahui tubuh badan anda sendiri? Bagaimana anda ingin memulakan langkah sekiranya anda tidak tahu apa sebenarnya yang ada di dalam badan anda? Jangan sangka mereka yang berbadan kurus tidak mempunyai lemak di dalam badan mereka.

Di sinilah pentingnya mengapa anda perlu mendapatkan analisa kesihatan anda daripada coach anda.
Hubungi saya dan lantik saya sebagai coach anda sekarang
Anda boleh mengetahui bermacam-macam perkara dengan hanya sekali timbangan. Anda akan dapat mengetahui:

  • Peratusan lemak di dalam badan
  • Peratusan air di dalam badan
  • Jisim otot
  • Jenis bentuk badan
  • Metabolisme badan
  • Umur metabolisme
  • Jisim tulang
  • Lemak Viseral




Usah bimbang, coach anda akan membantu menerangkan lebih terperinci untuk setiap hasil timbangan anda. Anda akan mempunyai gambaran yang lebih jelas tentang matlamat anda dalam menurunkan berat badan dan menjaga kesihatan anda. Coach anda juga akan membimbing anda cara terbaik untuk mendapatkan hasil yang anda inginkan.

Oleh itu, tetapkan matlamat anda sekarang! Itulah langkah paling penting untuk anda mendapat tahap kesihatan dan berat badan yang anda idamkan selama ini.

Saya mencari mereka yang serius untuk menurunkan berat badan dan mendapatkan bentuk badan yang diimpikan. Saya yakin saya akan dapat membimbing anda untuk mendapat hasil yang anda inginkan. Untuk mereka yang berada di sekitar kawasan Kemaman, Cherating, Paka dan Kerteh, anda boleh membuat temujanji dengan saya dan kita boleh berjumpa. Saya gembira untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan anda untuk dapatkan bentuk badan idaman anda.

Hubungi/Whatsapp/PM/email saya:
Aiza Yazid
Tel: 019-3939158
Email: aizayazid@gmail.com
Facebook: Aiza Amelia Yazid



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...