Friday, February 6, 2015

Diet Yang Menggembirakan

Kurus Badan Dengan Gembira


SAYA TELAH BERJAYA MENGHILANGKAN 10KG dan saya berasa gembira sepanjang melakukanya. Ya, saya hilang berat badan saya dengan diet yang menggembirakan. Saya hilang berat saya tanpa sebarang tekanan seperti yang saya rasakan sebelum ini. Memang saya telah mencuba pelbagai jenis diet dan produk perlansingan sebelum ini, namun tiada satu pun yang berhasil. Tetapi kali ini sememangnya berbeza! Saya menyedari sesuatu yang amat berharga. Saya menyedari bahawa saya perlu bergembira dengan setiap apa yang saya lakukan. Perjalanan saya kali ini bukan sahaja penuh dengan kegembiraan tetapi ianya juga mengubah pemikiran saya mengenai cara permakanan saya.

Dengan cara ini, saya menyedari bahawa segalanya bukan hanya mengenai menjadi kurus dan menghilangkan berat badan, saya juga perlu menjadi sihat. Jadi sekarang, saya juga di dalam perjalanan memperolehi kesihatan yang baik dengan cara yang betul.

Adakah saya menahan diri saya dari makanan-makanan kegemaran saya? Tidak! Saya memang suka makan dan sekarang saya lebih menikmati dan menghargai makanan saya. Saya menghargai nutrisi yang saya bekalkan ke dalam badan saya melalui apa yang saya makan. Malah, kini saya mempunyai lebih banyak ruang untuk makan kerana gaya permakanan saya yang jauh lebih baik dari dulu.



Saya juga tidak perlu berhenti makan nasi seperti diet saya sebelum ini. Bukan saya katakan saya ni memang tak boleh nak tinggal nasi, cuma saya tak perlu melakukannya. Dengan diet yang menggembirakan ini, saya masih boleh makan nasi seperti hari-hari biasa. Diet yang saya amalkan tidak membebankan saya lansung. Jujur saya katakan, dari sarapan pagi, hinggalah makan malam (saya tidak perlu skip mana-mana masa makan saya), semuanya lazat-lazat belaka. Jadi, manalah tak happy kan!

Detik-detik perjalanan saya menjadi lebih indah dan bermakna dengan hasil yang saya perolehi. Saya berjaya menghilangkan berat dengan penuh kegembiraan. Saya berharap saya menemui cara diet yang menggembirakan ini lebih awal. Tapi, apa yang lebih penting sekarang, tidak terdetik pun bagi saya untuk berhenti melakukannya. Malah, saya lebih bersemangat sehingga saya mencapai berat impian saya. Saya yakin saya mampu melakukannya.



Saya sememangnya akan meneruskan cara diet ini. Tidak pernah saya sangka bahawa perjalanan menguruskan badan saya akan menjadi menarik sebegini. Jika anda juga mahu menjadikan usaha untuk kurus anda menyeronokkan seperti saya, hubungi saya dan lantik saya sebagai coach anda sekarang! Hubungi saya untuk mengetahui bagaimana saya melakukannya. Bertindaklah sekarang dan anda akan merasai kegembiraannya seperti saya.

Hubungi/Whatsapp/PM/email saya:
Aiza Yazid
Tel: 019-3939158
Email: aizayazid@gmail.com
Facebook: Aiza Amelia Yazid




Wednesday, February 4, 2015

Kurus Tanpa Tinggalkan Nasi

Bagaimana Ingin Kurus Tanpa Perlu Meninggalkan Nasi?

Tidak dinafikan rakyat Malaysia sememangnya menggemari nasi. Nasi Goreng, Nasi Lemak, Nasi Ayam, namakan apa sahaja, semua yang berkaitan nasi sememangnya sedap! Tetapi, orang kata, nasi boleh menggemukkan dan menjadi punca susah untuk kurus. Oleh itu, ramai di antara kita yang bertindak untuk berhenti makan nasi, dan melakukan diet sendiri. Malangnya, tanpa pengetahuan yang lengkap dan cara yang betul, badan masih tetap gemuk! Sudahlah terpaksa menahan daripada makan makanan yang disukai, badan pula tetap tidak mahu kurus.



Sebenarnya anda tetap boleh kurus tanpa tinggalkan nasi. Seperti anda, saya juga amat menggemari nasi. Saya pernah cuba diet tanpa makan nasi. Tapi, usaha saya sia-sia sahaja kerana saya tidak mampu bertahan lama dan hasil yang saya dapat sangat perlahan. Saya juga berkecenderungan untuk mengambil makanan-makanan ringan (walaupun kuantiti sedikit) untuk menghilangkan lapar saya tanpa makan nasi.

Jadi, bagaimana tetap boleh kurus tanpa tinggalkan nasi?


  • Tidak meninggalkan sarapan pagi

Jangan tinggalkan sarapan pagi anda! Sarapan pagi anda sebenarnya adalah waktu makan yang paling penting dalam hari anda. Pastikan anda mengambil sarapan pagi yang sihat, penuh nutrisi, dan mengenyangkan. Sarapan sihat akan membuatkan anda cenderung untuk mengambil makanan yang sihat untuk waktu makan yang lain.
Ketahui bagaimana sarapan sihat dapat menurunkan berat badan anda


  • Pulihkan penghadaman

Penghadaman yang baik akan membantu badan anda mencerna makanan dengan lebih cepat. Panjang usus di dalam badan kita adalah 7 kali ganda ketinggian kita. Jadi, bayangkan bagaimana badan kita ingin menyerap nutrisi dari makanan yang kita makan dan bayangkan jika proses penyerapan tersebut terganggu.
Ketahui bagaimana untuk memulihkan penghadaman anda untuk lancarkan proses penurunan berat anda

  • Lebihkan protein dan sayuran

Tinggalkan hanya 1/4 ruang di dalam pinggan anda untuk nasi. Lebihkan ruang untuk protein dan sayur-sayuran.



  • Kira kalori makanan

Salah satu cara untuk menghilangkan berat badan adalah dengan mencatit dan mengira kalori setiap makanan yang diambil. Ini akan membantu anda memantau jumlah yang anda makan dan apa yang anda masukkan dalam badan anda.

Oleh itu, jangan seksa diri anda daripada menikmati makanan kegemaran anda. Anda sepatutnya bergembira sepanjang perjalanan anda untuk menjadi kurus.

Jangan tunggu lagi. Lakukan perubahan sekarang! Tiada lagi alasan untuk anda menangguhkan azam anda untuk kurus. Hubungi saya dan lantik saya sebagai coach anda sekarang untuk mengetahui langkah-langkah sihat dan betul untuk menurunkan berat badan anda.

Hubungi/Whatsapp/PM/email saya:
Aiza Yazid
Tel: 019-3939158
Email: aizayazid@gmail.com
Facebook: Aiza Amelia Yazid



Monday, February 2, 2015

Kurus Badan dengan Herbalife

Kurus Badan dengan Herbalife : Kenapa Saya Sentiasa Memilih Herbalife untuk Menguruskan Badan?

Dari dulu saya obses nak menurunkan berat badan. Tapi tidak pernah jumpa satu produk pun yang membuatkan saya berterusan hendak memakainya. Sama ada kerana tidak memberi kesan berbanding dengan harga yang mahal, atau kerana produk itu tidak berterusan memberi keyakinan kepada saya.



Tapi saya sangat beruntung kerana diperkenalkan dengan Herbalife. Dan apa yang mengejutkan saya, saya bukan sahaja menjadi semakin bersemangat untuk kurus badan dengan Herbalife, saya juga kini mempunyai kesedaran kesihatan yang amat tinggi untuk diri sendiri.

Jadi kenapa saya sentiasa memilih untuk kurus badan dengan Herbalife?

1. Pengganti makanan yang terbaik

Shake Herbalife merupakan pengganti makanan yang terbaik kerana nutrisinya. Badan kita sebenarnya memerlukan protein, serat, karbohidrat, vitamin dan mineral untuk kekal sihat. Sebaliknya, setiap hari kita memberi badan kita lemak, gula, garam dan bahan kimia yang badan kita sebenarnya tidak perlu tetapi hanya untuk memenuhi selera kita sahaja. Apabila sudah sakit atau gemuk, barulah kita mengeluh dan menyesal. Dengan nutrisi yang terkandung di dalam Shake Herbalife, anda sudah pasti dapat memberi badan anda semua nutrisi-nutrisi yang penting tadi dan membuat tabiat anda yang suka makan makanan tidak berkhasiat.



2. Shake Herbalife memberi hasil yang saya inginkan

Saya mengaku, dengan tunjur ajar coach, disiplin dan perubahan kepada tabiat seharian saya, saya berjaya mendapatkan hasil yang saya inginkan selama ini. Saya yakin dengan disiplin dan usaha yang lebih, saya mampu menghilangkan berat badan saya dengan lebih banyak lagi. Apa yang penting, saya hilang berat badan saya secara konsisten dan sihat! Saya tidak lagi mengamalkan diet yoyo dan sesuka hati mengambil produk-produk yang tidak memberi keyakinan kepada saya.
Ketahui bagaimana saya berjaya menghilangkan 10kg dalam masa 3 bulan pertama saya bersama Herbalife.

3. Makanan yang paling mudah disediakan

Shake Herbalife bukan sahaja bernutrisi dan sihat, malah ianya sangat mudah disediakan! Mungkin ada antara anda yang merasakan anda mampu mengatur permakanan seimbang setiap hari. Tetapi bagi saya, mengapa pilih jalan yang susah? Mengapa memilih untuk menyusahkan diri, memeningkan kepala memikirkan menu sihat setiap hari? Mudahkan hidup anda dan nikmati Shake Herbalife yang lazat, mudah dan penuh nutrisi.

4. Selamat dan diyakini

Kita dihujani dengan pelbagai jenis produk-produk di luar sana yang menjanjikan hasil yang kita impikan. Akibat terlalu obses untuk kurus dan inginkan hasil yang cepat, ramai antara kita yang mengambil jalan mudah dan merbahayakan diri sendiri. Ketahuilah bahawa hasil yang terbaik adalah hasil yang selamat, konsisten dan berpanjangan. Semua produk Herbalife adalah 100% selamat dan disahkan. Program yang disediakan semuanya bersesuaian dengan semua tanpa mengira usia, status dan keadaan kesihatan anda. Sentiasa rujuk coach anda untuk membantu anda dan mendapatkan hasil terbaik.
Hubungi saya dan lantik saya sebagai coach anda sekarang.



Lakukan perubahan sekarang!! Saya dulu juga seperti anda. Hanya duduk melihat, mencuba cara yang salah, sementara orang lain mendapat hasil dengan cara yang betul dan saya pula semakin bertambah berat badan. Akhirnya saya putus asa untuk meneruskannya. Kini tidak lagi! Saya yakin saya mengambil perubahan yang terbaik dalam hidup saya! Langkah pertama adalah dengan keinginan saya sendiri untuk berubah. Saya tetapkan hati saya bahawa ini percubaan terakhir dan selamanya untuk saya kurus! Saya akan konsisten dengan niat saya! Langkah seterusnya, memilih produk dan cara yang betul. Dan saya bertuah kerana saya memulakan dan mengakhirinya dengan Herbalife. Saya tidak lagi perlukan produk lain kerana saya yakin dengannya!

Jika anda juga ingin berubah, menjadikan ini langkah terakhir anda untuk menguruskan badan anda, saya berbesar hati dan teruja untuk menjadi sebahagian daripada keputusan besar anda untuk kurus itu. Lantik saya sebagai coach anda dan saya akan membantu anda untuk kurus badan dengan Herbalife dan mendapat hasil terbaik.

Berhenti berfikir atau hanya berharap untuk kurus! Bertindak sekarang atau anda mungkin akan terlepas peluang untuk mendapatkan berat badan idaman anda!

Hubungi/Whatsapp/PM/email saya:
Aiza Yazid
Tel: 019-3939158
Email: aizayazid@gmail.com
Facebook: Aiza Amelia Yazid




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...