Wednesday, February 4, 2015

Kurus Tanpa Tinggalkan Nasi

Bagaimana Ingin Kurus Tanpa Perlu Meninggalkan Nasi?

Tidak dinafikan rakyat Malaysia sememangnya menggemari nasi. Nasi Goreng, Nasi Lemak, Nasi Ayam, namakan apa sahaja, semua yang berkaitan nasi sememangnya sedap! Tetapi, orang kata, nasi boleh menggemukkan dan menjadi punca susah untuk kurus. Oleh itu, ramai di antara kita yang bertindak untuk berhenti makan nasi, dan melakukan diet sendiri. Malangnya, tanpa pengetahuan yang lengkap dan cara yang betul, badan masih tetap gemuk! Sudahlah terpaksa menahan daripada makan makanan yang disukai, badan pula tetap tidak mahu kurus.



Sebenarnya anda tetap boleh kurus tanpa tinggalkan nasi. Seperti anda, saya juga amat menggemari nasi. Saya pernah cuba diet tanpa makan nasi. Tapi, usaha saya sia-sia sahaja kerana saya tidak mampu bertahan lama dan hasil yang saya dapat sangat perlahan. Saya juga berkecenderungan untuk mengambil makanan-makanan ringan (walaupun kuantiti sedikit) untuk menghilangkan lapar saya tanpa makan nasi.

Jadi, bagaimana tetap boleh kurus tanpa tinggalkan nasi?


  • Tidak meninggalkan sarapan pagi

Jangan tinggalkan sarapan pagi anda! Sarapan pagi anda sebenarnya adalah waktu makan yang paling penting dalam hari anda. Pastikan anda mengambil sarapan pagi yang sihat, penuh nutrisi, dan mengenyangkan. Sarapan sihat akan membuatkan anda cenderung untuk mengambil makanan yang sihat untuk waktu makan yang lain.
Ketahui bagaimana sarapan sihat dapat menurunkan berat badan anda


  • Pulihkan penghadaman

Penghadaman yang baik akan membantu badan anda mencerna makanan dengan lebih cepat. Panjang usus di dalam badan kita adalah 7 kali ganda ketinggian kita. Jadi, bayangkan bagaimana badan kita ingin menyerap nutrisi dari makanan yang kita makan dan bayangkan jika proses penyerapan tersebut terganggu.
Ketahui bagaimana untuk memulihkan penghadaman anda untuk lancarkan proses penurunan berat anda

  • Lebihkan protein dan sayuran

Tinggalkan hanya 1/4 ruang di dalam pinggan anda untuk nasi. Lebihkan ruang untuk protein dan sayur-sayuran.



  • Kira kalori makanan

Salah satu cara untuk menghilangkan berat badan adalah dengan mencatit dan mengira kalori setiap makanan yang diambil. Ini akan membantu anda memantau jumlah yang anda makan dan apa yang anda masukkan dalam badan anda.

Oleh itu, jangan seksa diri anda daripada menikmati makanan kegemaran anda. Anda sepatutnya bergembira sepanjang perjalanan anda untuk menjadi kurus.

Jangan tunggu lagi. Lakukan perubahan sekarang! Tiada lagi alasan untuk anda menangguhkan azam anda untuk kurus. Hubungi saya dan lantik saya sebagai coach anda sekarang untuk mengetahui langkah-langkah sihat dan betul untuk menurunkan berat badan anda.

Hubungi/Whatsapp/PM/email saya:
Aiza Yazid
Tel: 019-3939158
Email: aizayazid@gmail.com
Facebook: Aiza Amelia Yazid



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...