Tuesday, March 31, 2015

Program dan Aktiviti Herbalife

Program dan Aktiviti Herbalife: Kenapa anda patut menghadirkan diri ke HOM?

Apa itu Herbalife Opportunity Meeting (HOM)?



HOM adalah salah satu program Herbalife untuk memperkenalkan anda dengan kebanyakkan produk Herbalife dan untuk memperkenalkan anda dengan peluang perniagaan yang anda boleh perolehi dengan Herbalife.

Kenapa anda patut pergi HOM?
  • Anda ingin mengetahui apakah produk yang anda boleh gunakan untuk mendapat hasil yang anda inginkan
  • Anda akan mengetahui fungsi dan khasiat produk Herbalife
  • Anda akan dapat bertemu dengan mereka yang telah mengamalkan produk Herbalife dan anda dapat mendengar dan bertanya sendiri rahsia kejayaan mereka
  • Anda akan bertemu dengan mereka yang telah berjaya menjana pendapatan secara sampingan atau tetap dengan Herbalife
  • Anda akan mengetahui apakah peluang perniagaan yang anda ada dengan Herbalife
  • Anda akan bertemu dengan orang-orang yang positif, yang sentiasa mahukan perkembangan diri dan tidak segan untuk sama-sama berkongsi dengan anda
  • Anda berpeluang melihat peluang untuk merubah masa depan anda dari segi kesihatan atau dalam perniagaan sendiri
Saya teruja sekiranya anda ingin mengikuti saya ke program/aktiviti Herbalife. Tidak ada sebarang kerugian sekiranya anda membuat pilihan untuk sama-sama menyertai saya. Semuanya terpulang kepada anda. Buat pilihan yang bijak! Buat pilihan untuk hidup yang lebih baik! Buat pilihan untuk kesihatan yang lebih baik!



Anda boleh menghubungi saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program/aktiviti Herbalife yang ada.

Hubungi/Whatsapp/PM/email saya:
Aiza Yazid
Tel: 019-3939158
Email: aizayazid@gmail.com
Facebook: Aiza Amelia Yazid

Cara Kurus Badan Yang Mudah dan Berkesan

Ketahui cara mudah dan berkesan untuk menurunkan berat badan

Saya tahu, ramai dekat luar sana yang ingin menguruskan badan. Ramai yang memang ada niat dalam hati tapi normal la kan, manusia sentiasa mencari jalan paling mudah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Anda mungkin tertekan bila orang mula mengata mengenai badan anda, anda terasa dengan saudara-mara, kawan-kawan malah pasangan anda sendiri jika mereka mula mengata mengenai badan anda. Anda terasa? Tetapi apa tindakan anda?

Tindakan anda, anda pasang niat untuk kurus! Betul kan? Seterusnya?

Anda nak cara kurus paling cepat, paling mudah, paling murah. Pun betul kan?

Tindakan seterusnya, sama ada anda pendam kembali niat kurus badan anda (seperti saya dulu) dan terus memekakkan telinga anda (panasnya telinga Tuhan je yang tahu), atau…
Anda bertindak! Betul-betul bertindak tanpa fikirkan adakah langkah itu selamat atau tidak.



Jadi, ramailah orang yang terpedaya dengan iklan-iklan menguruskan badan yang belum tentu selamat dan berkesan. Lihat sahaja gambar-gambar yang boleh diedit, ramailah yang mempercayai juga. Jangan risau, saya pun pernah dalam golongan begini juga! Tangan ni gatal je nak call dah order barang-barang tu semua yang dikatakan boleh turun 10kg macam tu je dalam seminggu. Nasihat saya, jangan mudah terpedaya dengan semua ini. Jangan ambil tindakan drastik untuk kurus. Jangan bahayakan diri anda.

Ye, saya faham perasaan anda, betapa terdesaknya anda! Bertahun-tahun hidup dengan berat yang berlebihan, bertahun-tahun saya menanggung lemak-lemak yang tidak digunakan. Akhirnya saya ambil keputusan untuk benar-benar berubah!

Tak sangka! Sebenarnya memang ada cara yang mudah dan berkesan untuk menurunkan berat badan! Hasil dan keberkesanannya? Tidak boleh diedit, sebab saya menyaksikannya depan mata saya sendiri iaitu, kakak saya!

Dulu bila tengok ada orang mudah sangat nak turun berat saya akan cakap, “Ah! Mengarutlah! Mana ada perkara yang mudah dalam dunia ni!” Tapi bila lihat sendiri hasilnya depan mata, dan rasa perubahan kat badan sendiri, barulah saya percaya, actually it is not that hard to lose weight!

    Nutrisi Lengkap    

Hukumnya amat mudah! Apabila anda menggantikan makanan anda dengan makanan yang seimbang dan cukup nutrisi, anda akan hilang berat badan! Mudah kan?
Apa? Makanan seimbang tak sedap? Oh tidak, makanan gantian saya sangat mudah disediakan, sangat cepat, rendah kalori, sangat sedap dan penuh dengan 55 jenis nutrisi! Macam-macam resepi saya telah cuba dan saya lebih menikmati makanan saya sekarang!



Jangan tidak percaya, saya masih boleh mengambil nasi pada waktu tengahari seperti biasa. Saya masih boleh menikmati makanan kegemaran saya dengan kadar yang berpatutan. Saya hanya perlu menukar sarapan pagi saya dan makan malam saya sahaja. Tapi, bukan saya tukar kepada makanan yang tidak sedap, tapi sarapan pagi dan makan malam saya kini sangat sedap, seimbang dan mengenyangkan saya! Tidak percaya? Anda boleh hubungi saya dan buat temujanji dengan saya, dan saya sendiri akan hidangkan anda dengan makanan lazat ini.


Saya tak akan berani untuk berkongsi dengan anda kejayaan saya ini jika saya sendiri tidak berjaya melakukannya. Saya tidak akan terniat untuk tunjukkan kepada anda tetapi saya sendiri memahami bagaimana perasaannya terdesak untuk jadi kurus! ebab saya sendiri yang merasainya, saya nak anda rasakannya juga seperti saya! Rasai kegembiraan untuk menurunkan berat badan anda bersama saya. Hubungi saya sekarang dan lantik saya menjadi coach anda. Saya rasa teruja untuk membantu anda mendapatkan berat badan yang anda impikan dengan cara yang mudah dan berkesan.

Hubungi/Whatsapp/PM/email saya:
Aiza Yazid
Tel: 019-3939158
Email: aizayazid@gmail.com
Facebook: Aiza Amelia Yazid

Sunday, March 29, 2015

Gaya Hidup Ceria dan Sihat

Bagaimana Herbalife Mengubah Hidup Saya Menjadi Lebih Ceria dan Sihat?

Kali ini saya nak berkongsi mengapa saya sentiasa konsisten dengan Herbalife disebabkan ramai yang meragui dan  bertanyakan bermacam soalan kepada saya mengenai kehidupan saya selepas saya memilih untuk menyertai keluarga Herbalife.

Maafkan saya sekiranya post saya kali ini tidak berkaitan dengan sebarang kesan Herbalife atau produk Herbalife. Saya hanya ingin berkongsi dengan anda semua, keterujaan saya dan betapa bersyukurnya saya dengan pilihan yang telah saya buat sekarang.

Kesedaran kesihatan yang lebih baik

Percaya tak kalau saya katakan bahawa sebenarnya tidak ramai orang yang mempunyai kesedaran tentang kesihatan mereka dan kebanyakan mereka hanya tahu penjagaan kesihatan itu penting bila mereka dah sakit. Alhamdulillah, sejak menjadi keluarga Herbalife, saya lebih menghargai badan saya, apa sahaja yang masuk dalam badan saya akan saya pantau sepenuhnya, kulit saya, jantung saya dan semua sekali. Saya jumpa alasan kukuh untuk saya menjaga diri saya.

Nikmat makanan sihat

Saya gembira menjumpai pengganti makanan yang sihat dan sedap! Saya memang jenis orang yang suka sarapan tapi sangat susah untuk saya mencari makanan yang sihat setiap hari. Kekangan masa juga menjadi alasan mengapa saya terus memilih untuk bersarapan dengan nasi lemak, mee goreng, tambah lagi dengan teh tarik ataupun kuih-kuih yang manis, asalkan saya kenyang! Semangkuk bijiran sarapan pagi yang kononnya sihat pun jauh sangat beza khasiatnya dengan segelas Shake Herbalife. Dengan segelas Shake Herbalife, sudah mampu membuatkan saya kenyang, dapat semua nutrien untuk badan saya dan saya tidak perlu lagi memikirkan menu sihat setiap hari.



Pembangunan diri

Sejak menjadi keluarga Herbalife, saya rasa perubahan yang ketara dari segi pemikiran saya. (Mungkin sebab cukup nutrisi kot? Hahaha) Sebelum ini, saya ingatkan Herbalife ini semuanya tentang bisnes dan keuntungan semata-mata. Saya ternyata silap. Saya mendapat "nutrisi" untuk minda saya sekali. Semua orang tidak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman yang mereka ada. Tanyalah apa sahaja, saya sentiasa dapat lebih dari jawapan yang saya inginkan.



Gaya hidup sihat

Saya pilih untuk mempunyai gaya hidup yang sihat atas kerelaan sendiri! Bukan kerana saya dipaksa Herbalife untuk tunjuk contoh baik, atau bukan dipaksa coach atau sesiapa sahaja. Selepas mengamalkan nutrisi sihat, saya merasakan perlu untuk saya tukar tabiat hidup saya sepenuhnya. Tambahan pula, saya sudah menjadi semakin bertenaga dan sudah hilang hampir 10kg! Jadi saya menjadi lebih semangat untuk berterusan menjadi sihat. Sebenarnya saya sendiri terkejut dengan perubahan saya! Kini saya merasakan tidak lengkap hari saya tanpa berpeluh. Dalam sehari, saya mesti akan mencari apa sahaja aktiviti yang mencergaskan saya.



Sekali lagi saya tegaskan, semua perubahan ini adalah atas kerelaan saya sendiri dan saya sememangnya bersyukur kerana membuat pilihan ini! Makanan lengkap nutrisi dan sihat, pemikiran sihat, dan gaya hidup sihat! Saya pilih untuk kekal dengan cara ini dan menambah baik lagi hidup saya! Saya pilih kehidupan saya kerana saya sayangkan kehidupan saya!

Saya juga tidak berniat untuk memaksa sesiapa, tapi sekiranya anda mencari pengalam kehidupan dan kerja yang gembira dan sihat, saya boleh berkongsi dengan anda! Mungkin anda rasakan ini semua tidak penting sekarang, tapi bila lagi? Bila anda sudah terlantar sakit, baru anda mencari kesihatan dan kehidupan baik? Bertindaklah sekarang! Buat PILIHAN anda sekarang!

Hubungi/Whatsapp/PM/email saya:
Aiza Yazid
Tel: 019-3939158
Email: aizayazid@gmail.com
Facebook: Aiza Amelia Yazid



Monday, March 23, 2015

Coach Pengurusan Berat Badan

Kenapa Perlu Ada Coach Pengurusan Berat Badan?

Antara sebab saya gagal menurunkan berat badan sebelum ini adalah kerana saya tidak mempunyai coach untuk membantu proses penurunan berat badan saya. Berlandaskan ilmu dan pengetahuan sendiri, dari dulu lagi saya sentiasa berusaha untuk kurus. Namun disebabkan kurangnya ilmu, bukan sahaja saya tidak pernah dapat hasil yang diinginkan, malah saya merasa lebih mudah mengalah dan tidak pernah fokus dengan goal sendiri.

Namun sejak mempunyai coach pengurusan berat badan, saya rasa lebih bersemangat dan lebih konsisten untuk menurunkan berat badan. Dari awal lagi coach saya sudah memberi saya panduan untuk minum Shake Herbalife dengan betul dan bagaimana untuk saya mendapatkan hasil terbaik dan terpantas. Saya sangat bersyukur mempunyai seorang coach yang tidak pernah putus memberi saya panduan yang terbaik. Tambahan pula, coach saya adalah kakak saya sendiri. Oleh itu saya rasa lebih mudah untuk berkongsi dan berkomunikasi dengan beliau.

Mempunyai coach pengurusan berat badan dengan Herbalife menjadikan segalanya berbeza daripada langkah saya untuk kurus sebelum ini. Jika anda fikir yang anda tidak memerlukan seorang coach, anda mungkin betul. Tapi peluang untuk anda berputus asa malah untuk naik semula berat badan adalah sangat tinggi.

Kini saya juga telah dilatih untuk menjadi coach pengurusan berat badan yang terbaik untuk coachee saya. Nasib baik saya mempunyai coach yang sentiasa menyokong saya dan tidak pernah memaksa saya membuat perkara yang saya tidak suka. Semuanya atas dorongan diri sendiri dan sokongan daripada coach saya. Sampai sekarang, saya masih lagi merujuk kepada coach saya untuk sebarang pertanyaan atau keraguan dan coach saya tidak pernah jemu melayan karenah saya.

Saya harap, saya juga akan dapat menjadi seperti beliau. Saya berusaha memberikan yang terbaik untuk semua coachee saya agar anda juga mendapat hasil seperti saya.

Jika anda ingin saya menjadi coach pengurusan berat badan anda, anda boleh menghubungi saya sekarang dan saya akan membantu anda untuk dapatkan hasil yang anda impikan selama ini.


Hubungi/Whatsapp/PM/email saya:
Aiza Yazid
Tel: 019-3939158
Email: aizayazid@gmail.com
Facebook: Aiza Amelia Yazid


Kepentingan Pembersihan Usus

Produk Herbalife: Herbal Aloe Concentrate 

Kebelakangan ini saya sering ditanya soalan oleh mereka yang ingin menaikkan berat badan. Kebanyakkan mereka tidak memahami, walaupun mereka sudah makan dengan banyak, tetapi mengapa berat mereka masih belum naik.

Ada juga dari mereka yang ingin menurunkan berat badan bertanya kepada saya, mengapa perut mereka masih lagi buncit walaupun ada di kalangan mereka yang mengamalkan sit-up setiap hari.

Jawapan saya adalah kerana anda perlu membersihkan apa yang ada di dalam perut anda terlebih dahulu. Kalau saya nak bercerita fakta mengenai usus, memang panjang lebar. Apa yang penting, fungsi utama usus di dalam badan kita adalah untuk membantu proses pencernaan makanan di dalam badan kita. Kiranya, apa saja yang kita makan, akan melalui saluran usus kita untuk dicerna dan "diaudit" sebelum menjadi bahan buangan. Usus ni akan mengeluarkan enzim-enzim baik untuk mencernakan makanan. Tetapi, tahukah anda bahawa PANJANG USUS KITA ADALAH KIRA-KIRA 7 KALI KETINGGIAN KITA? Jadi, bagaimana anda ingin membersihkan saluran penting dalam badan anda untuk memastikan anda dapat menyerap segala nutrisi makanan anda??



Kepentingan pembersihan usus

Untuk orang yang ingin menaikkan berat badan, walaupun anda makan dengan banyak, berat anda tidak juga naik. Ini adalah kerana, usus anda tidak mampu menyerap segala nutrisi daripada makanan yang anda makan. Kesannya, makanan tersebut bertukar menjadi lemak dalam badan dan menyebabkan kebanyakan mereka yang kurus berisiko mempunyai kolestrol tinggi! Oleh itu, perkara pertama yang anda ingin lakukan adalah membersihkan saluran usus anda terlebih dahulu.

Bagi mereka yang ingin menghilangkan berat badan pula, anda juga harus membersihkan usus anda terlebih dahulu supaya segala nutrisi yang ada di dalam makanan anda akan diserap sepenuhnya oleh badan anda. Anda perlu mengambil makanan yang rendah kalori tetapi tinggi nutrisi untuk membantu badan mendapat nutrisi yang selengkapnya.

Ketahui cara makan yang boleh menghilangkan berat badan anda dengan saya!

Konsep asas Herbalife

Kita berbalik semula kepada fungsi asas di dalam Herbalife iaitu:
1. Cleansing (Membersihkan)
Membersihkan dahulu saluran-saluran usus

2. Absorb (Menyerap)
Selepas pembersihan, badan akan lebih mudah menyerap segala nutrisi makanan

3. Regenerate (Menjana Semula)
Menghasilkan sel-sel badan yang lebih sihat dengan penyerapan nutrisi yang lebih baik.

Herbal Aloe Concentrate

Salah satu produk Herbalife yang sangat membantu untuk membersihkan usus badan kita. Antara kelebihan lain Herbal Aloe Herbalife adalah:

  • Menenangkan perut dan melegakan kesenakan
  • Meningkatkan penyerapan nutrien
  • Menyokong imuniti dan memberi perlindungan antioksida
  • Dibuat daripada daun lidah buaya berkualiti premium 

Saya sebenarnya lebih selesa untuk berkongsi pengalaman saya sendiri menggunakan Herbal Aloe Concentrate ini:
Kadar penyerapan nutrisi meningkat - Ini antara sebab utama saya mengamalkan Herbal Aloe ini. Saya mahu proses menurunkan berat badan saya lebih cepat. Dengan Herbal Aloe, saya meningkatkan penyerapan nutrisi daripada Shake Herbalife yang saya minum sebanyak 50%.

Mudah menghilangkan dahaga - Saya suka mengambil Herbal Aloe terutamanya selepas saya bersenam kerana dahaga saya lebih cepat hilang. Saya juga menjadi lebih bertenaga.

Membantu proses perkumuhan - Sebelum ini, saya memang mempunyai masalah untuk buang air besar. Tetapi dengan Herbal Aloe, masalah saya semakin berkurangan.


**Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Rasai sendiri perubahan selepas anda menggunakan Herbal Aloe Concentrate ini. Jadikan proses penurunan/naik berat badan anda lebih berhasil dan cepat. Pastikan badan anda menyerap segala nutrisi dengan lebih baik.

Hubungi/Whatsapp/PM/email saya:
Aiza Yazid
Tel: 019-3939158
Email: aizayazid@gmail.com
Facebook: Aiza Amelia Yazid


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...