Monday, March 23, 2015

Coach Pengurusan Berat Badan

Kenapa Perlu Ada Coach Pengurusan Berat Badan?

Antara sebab saya gagal menurunkan berat badan sebelum ini adalah kerana saya tidak mempunyai coach untuk membantu proses penurunan berat badan saya. Berlandaskan ilmu dan pengetahuan sendiri, dari dulu lagi saya sentiasa berusaha untuk kurus. Namun disebabkan kurangnya ilmu, bukan sahaja saya tidak pernah dapat hasil yang diinginkan, malah saya merasa lebih mudah mengalah dan tidak pernah fokus dengan goal sendiri.

Namun sejak mempunyai coach pengurusan berat badan, saya rasa lebih bersemangat dan lebih konsisten untuk menurunkan berat badan. Dari awal lagi coach saya sudah memberi saya panduan untuk minum Shake Herbalife dengan betul dan bagaimana untuk saya mendapatkan hasil terbaik dan terpantas. Saya sangat bersyukur mempunyai seorang coach yang tidak pernah putus memberi saya panduan yang terbaik. Tambahan pula, coach saya adalah kakak saya sendiri. Oleh itu saya rasa lebih mudah untuk berkongsi dan berkomunikasi dengan beliau.

Mempunyai coach pengurusan berat badan dengan Herbalife menjadikan segalanya berbeza daripada langkah saya untuk kurus sebelum ini. Jika anda fikir yang anda tidak memerlukan seorang coach, anda mungkin betul. Tapi peluang untuk anda berputus asa malah untuk naik semula berat badan adalah sangat tinggi.

Kini saya juga telah dilatih untuk menjadi coach pengurusan berat badan yang terbaik untuk coachee saya. Nasib baik saya mempunyai coach yang sentiasa menyokong saya dan tidak pernah memaksa saya membuat perkara yang saya tidak suka. Semuanya atas dorongan diri sendiri dan sokongan daripada coach saya. Sampai sekarang, saya masih lagi merujuk kepada coach saya untuk sebarang pertanyaan atau keraguan dan coach saya tidak pernah jemu melayan karenah saya.

Saya harap, saya juga akan dapat menjadi seperti beliau. Saya berusaha memberikan yang terbaik untuk semua coachee saya agar anda juga mendapat hasil seperti saya.

Jika anda ingin saya menjadi coach pengurusan berat badan anda, anda boleh menghubungi saya sekarang dan saya akan membantu anda untuk dapatkan hasil yang anda impikan selama ini.


Hubungi/Whatsapp/PM/email saya:
Aiza Yazid
Tel: 019-3939158
Email: aizayazid@gmail.com
Facebook: Aiza Amelia Yazid


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...