Sunday, March 29, 2015

Gaya Hidup Ceria dan Sihat

Bagaimana Herbalife Mengubah Hidup Saya Menjadi Lebih Ceria dan Sihat?

Kali ini saya nak berkongsi mengapa saya sentiasa konsisten dengan Herbalife disebabkan ramai yang meragui dan  bertanyakan bermacam soalan kepada saya mengenai kehidupan saya selepas saya memilih untuk menyertai keluarga Herbalife.

Maafkan saya sekiranya post saya kali ini tidak berkaitan dengan sebarang kesan Herbalife atau produk Herbalife. Saya hanya ingin berkongsi dengan anda semua, keterujaan saya dan betapa bersyukurnya saya dengan pilihan yang telah saya buat sekarang.

Kesedaran kesihatan yang lebih baik

Percaya tak kalau saya katakan bahawa sebenarnya tidak ramai orang yang mempunyai kesedaran tentang kesihatan mereka dan kebanyakan mereka hanya tahu penjagaan kesihatan itu penting bila mereka dah sakit. Alhamdulillah, sejak menjadi keluarga Herbalife, saya lebih menghargai badan saya, apa sahaja yang masuk dalam badan saya akan saya pantau sepenuhnya, kulit saya, jantung saya dan semua sekali. Saya jumpa alasan kukuh untuk saya menjaga diri saya.

Nikmat makanan sihat

Saya gembira menjumpai pengganti makanan yang sihat dan sedap! Saya memang jenis orang yang suka sarapan tapi sangat susah untuk saya mencari makanan yang sihat setiap hari. Kekangan masa juga menjadi alasan mengapa saya terus memilih untuk bersarapan dengan nasi lemak, mee goreng, tambah lagi dengan teh tarik ataupun kuih-kuih yang manis, asalkan saya kenyang! Semangkuk bijiran sarapan pagi yang kononnya sihat pun jauh sangat beza khasiatnya dengan segelas Shake Herbalife. Dengan segelas Shake Herbalife, sudah mampu membuatkan saya kenyang, dapat semua nutrien untuk badan saya dan saya tidak perlu lagi memikirkan menu sihat setiap hari.



Pembangunan diri

Sejak menjadi keluarga Herbalife, saya rasa perubahan yang ketara dari segi pemikiran saya. (Mungkin sebab cukup nutrisi kot? Hahaha) Sebelum ini, saya ingatkan Herbalife ini semuanya tentang bisnes dan keuntungan semata-mata. Saya ternyata silap. Saya mendapat "nutrisi" untuk minda saya sekali. Semua orang tidak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman yang mereka ada. Tanyalah apa sahaja, saya sentiasa dapat lebih dari jawapan yang saya inginkan.



Gaya hidup sihat

Saya pilih untuk mempunyai gaya hidup yang sihat atas kerelaan sendiri! Bukan kerana saya dipaksa Herbalife untuk tunjuk contoh baik, atau bukan dipaksa coach atau sesiapa sahaja. Selepas mengamalkan nutrisi sihat, saya merasakan perlu untuk saya tukar tabiat hidup saya sepenuhnya. Tambahan pula, saya sudah menjadi semakin bertenaga dan sudah hilang hampir 10kg! Jadi saya menjadi lebih semangat untuk berterusan menjadi sihat. Sebenarnya saya sendiri terkejut dengan perubahan saya! Kini saya merasakan tidak lengkap hari saya tanpa berpeluh. Dalam sehari, saya mesti akan mencari apa sahaja aktiviti yang mencergaskan saya.



Sekali lagi saya tegaskan, semua perubahan ini adalah atas kerelaan saya sendiri dan saya sememangnya bersyukur kerana membuat pilihan ini! Makanan lengkap nutrisi dan sihat, pemikiran sihat, dan gaya hidup sihat! Saya pilih untuk kekal dengan cara ini dan menambah baik lagi hidup saya! Saya pilih kehidupan saya kerana saya sayangkan kehidupan saya!

Saya juga tidak berniat untuk memaksa sesiapa, tapi sekiranya anda mencari pengalam kehidupan dan kerja yang gembira dan sihat, saya boleh berkongsi dengan anda! Mungkin anda rasakan ini semua tidak penting sekarang, tapi bila lagi? Bila anda sudah terlantar sakit, baru anda mencari kesihatan dan kehidupan baik? Bertindaklah sekarang! Buat PILIHAN anda sekarang!

Hubungi/Whatsapp/PM/email saya:
Aiza Yazid
Tel: 019-3939158
Email: aizayazid@gmail.com
Facebook: Aiza Amelia Yazid



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...