Thursday, April 30, 2015

Cara Atasi Perut Buncit

Bagaimana cara untuk mengatasi perut buncit?

Saya rasa hampir semua orang mempunyai masalah dengan bahagian perut mereka. Masalah perut boroi/ perut buncit menjadi salah satu masalah yang memang susah untuk disembunyikan. Masalah perut buncit tidak hanya pada mereka yang berbadan gemuk sahaja. Mereka yang berbadan kurus juga berpotensi besar mempunyai lemak viseral yang tinggi.

Kebanyakkan daripada kita membuat pelbagai alasan untuk menutup masalah perut buncit. Ada yang kata tanda bahagia la (bagi mereka yang dah kahwin), hati senang la, dan macam-macam lagi. Hakikatnya, mereka hanya ingin menutupi perasaan mereka sendiri iaitu perasaan malu mereka yang lebih besar daripada perut mereka. Apa pun alasan mereka, dan walaupun mereka melakukan bermacam cara untuk menyorokkan perut buncit, mereka masih lagi menyimpan lemak-lemak tersebut dan tidak mahu melakukan perubahan sebenar dan menukar cara hidup mereka.

Sebenarnya lemak yang berada di perut amatlah membahayakan. Selain merosakkan penampilan kita, lemak pada perut juga boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, strok dan diabetes sekiranya dibiarkan berlarutan. Jadi jangan ambil mudah masalah anda dan ketahui cara atasi perut buncit anda.

Apa itu lemak visceral?

Setelah proses pencernaan makanan, kalori yang berlebihan di dalam badan kita akan disimpan menjadi dua jenis lemak iaitu:
  • lemak visceral - lemak yang melapisi di sekeliling organ dalaman
  • lemak subkutan - lemak di bahagian hadapan perut dan berhampiran kulit.
Lemak subkutan dianggap kurang bahaya kerana lebih mudah dihilangkan berbanding lemak viseral. Lemak visceral lebih susah untuk dihilangkan kerana lemak ini akan menempel di sekeliling organ dalaman kita. Lemak visceral inilah punca sebenar perut buncit.



Timbunan lemak visceral di perut sangat berbahaya kepada kesihatan kerana dapat meningkatkan risiko pelbagai jenis penyakit seperti diabetis, penyakit jantung, hipertensi, dan strok. 

Cara atasi perut buncit dengan Herbalife


Salah satu komponen penting di dalam proses menghilangkan berat badan adalah protein! Jika anda bercadang untuk menguruskan badan, pengambilan protein dalam badan anda adalah salah satu idea terbaik untuk mendapat hasil yang anda idamkan. Selain dapat menghilangkan berat badan, protein juga selalu dikaitkan dengan kehilangan lemak pada perut.
Sebuah kajian telah menunjukkan bahawa protein dan lemak pada perut amat berkait rapat iaitu, mereka yang mengamalkan pengambilan protein yang baik dan lebih banyak akan mengurangkan risiko perut buncit. Berikut adalah info lebih mendalam mengenai Formula 3 Herbalife:


Selain Formula 3, Shake Herbalife Formula 1 juga akan membantu anda mengatasi perut buncit. Kandungan nutrisi di dalam Shake Herbalife sememangnya sudah membekalkan keperluan nutrisi yang diperlukan oleh badan kita. Bila badan kita cukup nutrisi, memang mudah untuk kita menurunkan berat badan kita.

Untuk mengatasi perut buncit, anda juga perlu memastikan tahap metabolisme anda tinggi untuk membakar lemak di dalam badan. Selain meningkatkan kadar metabolisme dalam badan kita, teamix juga akan membantu membuang toksin di dalam usus. Saya sendiri memang amat gemarkan teh Herbalife ini kerana teh ini juga akan menambah tenaga untuk saya terutamanya selepas makan tengahari. Saya kekal segar dan aktif selepas makan di perjabat.

Jadi, usah biarkan lagi masalah perut buncit membelenggu diri anda. Anda kini sudah tau cara mudah untuk mengatasi masalah lemak di perut anda. Ingatlah, lemak di perut sangat berbahaya. Sudah tiba masa untuk anda melakukan sesuatu dengan masalah anda.

Jika anda mahu saya membantu anda untuk mengatasi masalah anda, anda boleh hubungi saya dan lantik saya sebagai coach anda. Saya teruja untuk melihat hasil yang mengkagumkan pada anda.

Hubungi/Whatsapp/PM/email saya:
Aiza Yazid
Tel: 019-3939158
Email: aizayazid@gmail.com
Facebook: Aiza Amelia Yazid


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...