Kenali Saya

Siapa saya?



Nama saya Aiza Amelia binti Yazid. Saya berumur 27 tahun. Saya berasal dari Kuala Lumpur tetapi kini saya menetap di Kemaman, Terengganu. Saya telah berkahwin pada hujung tahun lepas. Saya pernah bekerja di bidang oil and gas. Hari-hari saya bekerja, saya sentiasa sibuk dan selalu pulang lewat ke rumah. Tetapi kini saya bahagia bekerja dari rumah, dan dapat menguruskan suami dan rumah tangga saya dengan baik sekali.

Saya dan masalah berat badan

Saya sentiasa mempunyai masalah dengan berat badan saya sejak dari kecil lagi. Tiada istilah "kurus" pernah ada dalam hidup saya. Semakin meningkat umur saya, semakin meningkat jugalah berat badan saya. Berat saya paling kritikal selepas saya menamatkan pelajaran saya di Universiti iaitu 98kg. Tabiat permakanan saya pada waktu itu sangatlah teruk dan saya sangat malas untuk bersenam. Peliknya, saya memang sangat risaukan tentang penampilan diri saya pada masa itu tetapi saya masih belum ada kesedaran untuk menurunkan berat badan saya secara konsisten.

Saya pernah mengambil jalan mudah untuk kurus. Saya pernah berdiet dengan ekstrem. Saya kehilangan banyak tenaga walaupun sebagai pelajar, saya memerlukan tenaga mencukupi untuk belajar. Saya mudah berasa letih kerana tidak cukup makan. Saya juga pernah mengambil ubat diet yang mahal, yang akhirnya saya tahu bahawa ubat tersebut tidak mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan mengandungi bahan beracun. Sampai begitu sekali saya obses untuk kurus.




Sinar baru

Saya berasa sangat bertuah dan bersyukur kerana diperkenalkan dengan Herbalife. Menguruskan berat badan dan menjaga kesihatan menjadi perkara mudah yang tidak pernah terlintas di dalam kepala saya. Saya terus mendapat kesedaran betapa pentingnya untuk kita menjaga kesihatan. Sebagai bonus, saya hilang hampir 20kg dengan mengamalkan produk-produk Herbalife. Jika sebelum ini saya tidak ambil air yang cukup. Dengan Herbalife, saya minum lebih 6L setiap hari.

Saya menjadi lebih yakin dengan diri saya. Jika dulu saya tidak boleh mengenakan fesyen terbaru. Kini, saya yakin saya boleh mencari pakaian kegemaran saya. Kulit muka saya juga tidak lagi bermasalah. Saya sedar bahawa jika kita menjaga diri kita dari dalam, kecantikan itu akan terselah di luar juga.

Saya terhutang budi dengan Herbalife. Herbalife sememangnya mengubah hidup saya. Saya bertuah kerana berpeluang merasai semua perubahan tersebut. Dan sekarang, dengan bekerja sendiri dari rumah, saya mampu menumpukan sepenuh perhatian saya untuk membantu orang lain mendapat hasil yang sama dengan saya, membantu orang lain merasai perubahan positif yang saya alami.

 


Coach kesihatan

Saya yakin jika saya boleh, anda juga boleh lakukannya. Saya telah berjaya mendapat hasil yang luar biasa dengan menggunakan Herbalife dan dengan mengamalkan segala kaedah dan tips dari coach saya dahulu.  Saya ingin membantu sesiapa sahaja yang ingin mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik dan sihat.

Anda boleh menghantar maklumat anda di bawah supaya saya dapat membuat analisa ringkas mengenai kesihatan anda, dan memberikan panduan supaya anda dapat menguruskan berat badan dan kesihatan anda.





Name:
Email Address:

This contact form was created by Freedback.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...